Deko Bajet – Projek Dekorasi Dinding

Deko Bersama Hernee Nazir

Ummi nak kongsikan “Projek Deko Bajet” Ummi dan Babah. Well, kami memang mendeko bajet-bajet je. Mana yang termampu janji sedap mata memandang dan mengikut tema pilihan. Oleh kerana dinding ni namjahanam dikerjakan dek contractor yang renovate rumah, jadi Babah kata kena buat something untuk tutup kecacatan dinding ni. Lepas potpet potpet berdua, maka kami setuju untuk cat dinding ni jadi warna putih dan bubuh frame kat sini.

SEBELUM – Dinding ni berwarna merah menyala kooooo. Dah bertahun juga warna ni dicat dek adik-adik.

Dari malam Babah dah janji dengan The Ilhams yang Babah nak bagi diorang tolong Babah mengecat. Haaaa janji tidak dicapati. Tapi memang kena tingkatkan tahap kesabaran hingga langit ke tujuh la tengok dorang mengecat tu. Tarik nafas dalam-dalam Ummi tengok hahaha. Sudahnya Babah kata separuh je lah tolong Babah. Yang tinggi tu semua nanti Babah buat. Padahal Babah dah tension kahkahkah. Tak apa lah bagi diorang peluang tunjuk skill dan bakat masing-masing.

Ini antara hasil menolong Babah mengecat. Sampai ke muka, badan, kaki bercat putih dik oi. Jenuh Ummi menyental. Dua-dua muka bangga dapat tolong Babah haha.

Sementara Babah mengecat dengan anak-anak, Ummi sempat mengemas ruang lain dan juga menyusun frame. Frame-frame tu Ummi beli frame IKEA dan juga Kaison. Semua harga murah-murah belaka. Gigih juga Ummi menyiapkan doodle nak masukkan dalam frame tu tau. Ada juga hasil doodle lama dalam buku Ummi gunting dan masukkan dalam frame. Ni testing jek dulu frame mana yang sesuai.

SELEPAS – Taraaaaaaa.. hasil selepas dicat 2 kali. Nampak putih suci murni dah dinding ni.

Ini hasil bila dah siap dipilih dan digantung frame-framenya. Sebenarnya frame tu bukan digantung dengan paku pun. Babah guna double sided tape tampal kat dinding.

Jadilah deko-deko bajet untuk dinding yang di make over ni. Nanti nak tambah frame dan doodle lagi. Tunggulah tahap kerajinan Ummi datang lagi nak mendoodle hehe. Korang pun boleh buat kat dinding rumah macam ni. Kalau tak pandai doodle sendiri boleh je cari kat internet print then masukkan dalam frame. Kos pun tak lah besar mana cuma perlu sediakan cat (kalau dinding tu nak ditukar warna putih), frame yang kos dalam lingkungan RM3.90-RM25.

Alhamdulillah berjaya jugalah cover kecacatan dinding tu. Terus rasa makin luas kawasan ruang tamu kedua tu sebab dah banyak warna putih dan hitam. Kawasan ni kiranya dah totally mengikut tema black and white lah hehe. Nanti ada modal lagi kita touch up lagi. Selamat mendeko ya! Smile

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!