Wireless Bluetooth Keyboard With PU Leather Case Cover Stand

30/06/2017

Memperkenalkan kawan baru Ummi, pembantu Ummi untuk update blog hehehe. Akhirnya sampai juga sebelum cuti setelah 2 minggu menanti. Wireless Buetooth Keyboard with PU Leather. Macam tahu-tahu je wireless USB adapter kat rumah tu nak rosak kan hehe.

Nampaknya laju sikitlah Ummi nak menaip entri lepas ni hehe. Kekadang ada masa malas nak on PC. Tu yang mencari alternatif lain supaya boleh update blog dengan jayanya ececehhh. Harga pun tak lah mahal mana RM65 je. Masa sampai tu Ummi cakap dengan Babah Ummi beli tab hahaha. Terbeliak kejap Babah sambil geleng kepala. Padahal keyboard je bah oii. 

So far memang ok sesangat guna. Baru sempat taip 3 entri je pun. Mudah-mudahan bertahan lama ya wireless keyboard. Senang Ummi nak blogging kalau malas on PC.

Jom tengok key specification for Wireless Buetooth Keyboard with PU Leather.

Key Specifications

  • Can use for iPhone and Android 4.5 / 6.5 inch cell phones
  • High quality PU leather material, dirt / bumps / scratch resistant
  • Real laptop style keys, with an extendable stand for easy viewing


Features:

  • Brand: OEM
  • Compatibility by Model : 5″ Mobile phones|Any mobile phone or tablet with 7″ size
  • Tablet Connection : BluetoothModel : Sunways Group-KC-Pink
  • Size (L x W x H) : 10 x 10 x 10
  • Weight : 0.1  

Eh lupa nak bagitau beli kat mana. Agak-agak kat mana? hehehe. Tak lain tak bukan kat Lazada la mana lagi. Ummi ni boleh tahan ratu Lazada gak hahaha. Selamat berkhidmat untuk Ummi ya wireless keyboard jangan meragam hehe.

    Share this nice post:

    Leave a comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Prev Post Next Post
    Follow

    Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

    Join other followers: