TV Program

Terjebak Dengan Drama Andainya Takdir

Andainya Takdir

Ummi ni memang dah lama tak layan TV. Serius memang tak ambil port lagsung. Apa program pun memang tak layan cuma terbaca update dari kekawan je kat facebook. Bila nampak ada kawan duk update pasal drama Andainya Takdir ni Ummi terus rasa tertarik nak tengok. Ingatkan drama ni adapatasi dari novel Andai Itu Takdirnya penulisnya Siti Rosmizah, penulis novel kegemaran Ummi tu. Rupanya bukan tajuk je dekat-dekat. Sesaja la Ummi layan episod 1 kat youtube. Eh sekali terlayan la sampai episod 8 walaupun dah terlambat hehe. Bengkek je Babah tengok Ummi memekak layan drama kat handphone hahaha macam panggung wayang kata dia.

Seterusnya Ummi TERlayan episod ke 9 sehingga episod akhir bakal ditontonkan hari ni, Ummi gigih terpacak depan tv pukul 10pm. Pujuk baik punya Abang Ilham bagi Ummi dengan Babah layan Andainya Takdir haha. Serius best gila drama ni, Suka betul tengok lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan yang lain-lain. Memang menjadi sampai Ummi rasa emosi Ummi jadi tak stabil kahkahkah. Sampai Babah gelakkan Ummi nangis tengok drama ni tau. Drama sangat! Ummi yang terlebih menjiwai watak Tihah hahaha. Mintak dijauhkan la kan dari jadi macam dalam drama ni. Tapi hakikatnya memang ada yang mengalaminya kan. Memang cerita sebenar pun kan.

Tak sabar nak tengok endingnya malam ni. Memang berjurai air mata malam ni kang. Nak siap-siap standby baldi haha. Memang terbaiklah lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar ni. Harap-harap ada rezeki dorang menang anugerah hehe. Habis je drama ni Ummi babai TV semulalah hehehe. Jangan lupa tau malam ni pukul 10pm hehe.

Jom baca sinopsis drama Andainya Takdir.

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
IDEA ASAL : Dato A.Aida
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris, Najwa Jaafar, Erry Putra, Dian P.Ramlee, Talha Harith, Jasmine Ashraff, Afzan A.Rahman, Sasha Shariff

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

LAGU TEMA / OST ANDAINYA TAKDIR
Setia Menunggumu – Sabhi Saddi
Mungkin – Potret
Permata Cinta – Aiman Tino
Tuhan Jagakan Dia – Ippo Hafiz
Dimanakan Ku Cari Ganti – Liza Hanim

Credit Info: Myinfotaip.com

Lagu-lagu temanya pun bestkan. Nanti Ummi listkan lagu yang Ummi suka.

Share this nice post:
Tagged , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *