Misi Mencari Baju Raya Ummi

Cerita hari Jumaat, last day outing dengan Dila. Asyik sebut nama Dila bukan iols rindu dia tau hahaha. Rehat 2 jam Ummi ambil kesempatan nak cari baju raya. Angkut sekali budak 4 orang ni sebagai penasihat haha. Kalau nak pergi sama-sama dengan Babah dan anak-anak takut dioang boring. Almaklumlah nak cari baju orang perempuan ni kena belek-belek lama sikit.. itu Ummi lah hehehe.

P_20170616_124554_BF

Berdezup kami ke UDA Business Centre.

P_20170616_124612_BF

Tengok mak tengah bebel, dia snap gambar.

P_20170616_131911

Manusia memang ramai, semua cari baju raya. Kami masuk dari butik ke butik.

P_20170616_133001

Masuk Calaqisya tak berkenan pulak. Biasa Ummi memang cari jubah Calaqisya je sesuai dengan badan yang penting nursing friendly and wudhu’ friendly.

P_20170616_133242

Belek-belek butik sebelah pun tak ada yang berkenan.

P_20170616_133459

Sampai rasa malas nak pakai kasut sebab asyik keluar masuk tapi tak berhasil hahaha.

P_20170616_133757

Kat sini banyak juga jubah tapi tak ada warna yang dicari.

P_20170616_134118

Sini pun sama.

P_20170616_134218

Jubah purple ni cun, tapi Ummi yang ganas ni rasa macam boleh koyak kalau Ummi pakai hahaha.

P_20170616_134940_BF

Tengah pusing-pusing dalam butik apa entah lupa, sekali dengar ada orang panggil “Kak Asheeq” Eh… Asheeq tu geng susu ibu kawan Ummi adik beradik Shaklee lagi. Terus Ummi toleh belakang maka jumpalah Cikgu Asheeq teman mak mertua dan adik ipar bershopping hehehe. Ajak wefie penting tu lepas tu send kat group hahaha. Dah banyak-banyak butik Ummi terjah keluar masuk sampai bosan bukak kasut, akhirnya pencarian berakhir di butik Rina Salleh Clothing. First time nak berina salleh hahaha.

P_20170616_141323

Nursing jubah dan shawl warna purple. Memang nekad jek beli tu janji nampak purple sebab masa macam dah mencemburui gitu hehe.

P_20170616_142305

Ada sepasang lagi baju tu Ummi berkenan tapi hold dulu lah hehehe.

P_20170616_142315

Salesgirl offer untuk register membership card tapi kena cukupkan belanja so Ummi decided untuk ambil 1 lagi shawl untuk dipakai dengan jubah lama yang Ummi nak recycle time raya hehehe. Alhamdulillah settled baju raya Ummi, sehelai je lain-lain pakai jubah-jubah lama.

P_20170616_161429

Membership card Rina Salleh Clothing
Membership Benefits

– 5% diskaun untuk semua normal price item kecuali new arrival
– 10% diskaun setiap 15hb untuk semua normal price item kecuali new arrival
– berbelanja RM500 anda berpeluang mendapat voucher RM50 untuk belian akan datang
– tambahan 15% diskaun untuk semua normal price item kecuali new arrival pada hari lahir

Thanks Dila, Eqa, Noni dan Ira yang sudi teman cari baju raya hehe.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “Misi Mencari Baju Raya Ummi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: