Ramadhan 2017–Day 22

Ramadhan Al-Mubarak

Hari Sabtu misi mencari baju raya, kasut raya. Lokasi yang kami tuju tak jauh mana AEON Bukit Indah je. Paginya Ummi dah Babah bergotong royong mengemas rumah 2nd round. Alhamdulillah sikit je lagi misi mengemas settle. Sampai AEON terus book untuk berbuka di Restoran Johnny’s tapi malang dapat next round sebab dah full semua meja. Pasghah je last year kot macam tu juga ehehe. Sementara menunggu waktu berbuka sempat belikan anak-anak kasut dan baju. Syamil tak beli kasut sebab baru sangat kasut dia Babah belikan hari tu. Babah pun sama tak beli kasut sebab kasut baru lagi. Berbuka ala kadar je, Babah beli Papa Roti alas perut sementara waktu.

Dalam jam 8pm kami turun semula ke Restoran Johnny’s diorang dah call ada meja kosong. Alhamdulillah.

20170617_201444

Gambar curi, dua-dua tak layan Ummi nak snap hahaha.

20170617_201602

Yang sorang ni entah gaya apa entah.

20170617_202835

Makanan dah sampai cepat-cepatlah Ummi lebur semua dalam periuk. Macam kurang staff kot Johhny’s ni orang pulak ramai. Tu yang ada lmabat sikit. Tapi ok je tak lambat mana pun. Alhamdulillah kenyang anak beranak. Sambil makan Ilham cakap kat Ummi.. “Ummi lain kali Ummi janganlah tiru orang masak macam ni.. nanti orang tu marah”. Hamboiii kemain lagi dia laser Ummi yang nak bersteamboat ala johnny’s kat rumah haha.

20170617_201507

Ni gambar sebelum makanan sampai. Dua-dua dah pow Ummi nak mainan sorang satu.

20170617_201540

Abang ngelat nak lego juga. Saja je korang ni tau. Bajet nak beli keperluan raya melencong kat mainan sikit. Nak ber star wars bagai. Dia tunjuk yang satu set darth vader tu semua. Tengok harga boleh meraung Ummi. Baik beli baju raya Ummi sehelai lagi hehehe. Ini je Ummi mampu belikan sila jaga baik-baik. Lepas makan sambung shopping.

Related Posts

4 thoughts on “Ramadhan 2017–Day 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!