Ramadhan 2017–Day 20

16/06/2017

P_20170615_190005

Semalam Ummi cuti memasak, memenuhi jemputan berbuka puasa di Village Briyani Cafe, Johor Bahru. Pertama kali ke sini, sebab Ummi Ilhams bukan penggemar nasi briyani jadi tak lah berusaha nak mencari restoran atau cafe nasi briyani hehehe. Bila orang dah belanja kat sini kita datang je lah tanda penghormatan kan.

P_20170615_190238_BF

Kami antara yang terawal jugalah walaupun sangkut kejap jalam jammed hehehe. Sampai jugalah sebelum waktu berbuka puasa.

P_20170615_190424_BF_p

Ehhhh bagi peluang Ummi selfie.

P_20170615_190541_BF_p

Orang kuat KSP yang pakai cap tu dah sampai hehe. Jomlah tengok apa menunya.

P_20170615_191348_p

Nasi briyani Indian style punya. Dalam nasi briani tu ada telur dan daging kambing. Patutlah beriya mencari kambing tak nampak bayang. Rupanya main sembunyi ibu kat dalam nasi hahaha. Sebelah dia tu tak tahulah apa nama masakan tapi dalamnya ada bendir. Tak ada dalam gambar masakan udang pun tak tahu nama tapi pedas pijar yang amat sampai rasa telinga panas berdesing. Main bedal jek la.

P_20170615_190438_p

Ini kari ayam eh kari ke? Entah la. Mula-mula beriya ingatkan ni kambing hahaha.

P_20170615_194651

Desser pertama, Indian Ice-cream.. rasa apa? hmmmm sukar untuk digambarkan hahaha. Atas tu rempah ratus ribu, bawahnya rasa vanilla. Telan sambil pejam mata sebab macam tekak tak boleh terima walaupun orang lain laju je makan hahaha.

P_20170615_195226

Another one, nama dia “Firni” dah macam Hernee nama ko kan hahaha. Ada badam, buah pala, eh apa entah lagi. Sekali cuba dah macam rasa nestum. Telan sambil pejam mata lagi hahaha. Ummi Ilhams yang menjakun. Rare sangat sampai tak mampu telan.

P_20170615_192505_BF_p

Haaaa full meja panjang tu 6 orang staff Marine Dept dan yang lain-lain tu staff tug boat contractor kami. Diorang la yang belanja berbuka puasa ni. Thanks Mr. Ravi, Madam Ritha, Azlan and semua. Alhamdulillah rezeki. Dalam jam 8pm saya, Wan dan Yap mintak izin balik dulu. Almaklumlah konvoi 3 kereta hahaha.

P_20170615_190025

Korang yang memang peminat nasi briyani boleh la cuba kat sini. Ramai juga customer yang datang selain kami. Memang dah terkenal kot kat sini sebab Ummi memang tak tahu kewujudannya hehehe.

VILLAGE BRIYANI CAFE

Alamat:
No15, Jalan Tun Abdul Razak, 80300 Johor Bahru, Johor

No. Telefon:
07-2220360

Waktu Operasi:
12:00pm – 3:00pm
5:00pm – 10.30pm

Thanks Babah izinkan Ummi memenuhi undangan berbuka puasa. Thanks Mommy Ngah dan Mamacu yang tolong jaga hero-hero kecil Ummi sekejap. Ada satu je lagi Iftar Invitation 20hb harap-harap mommy sudi jaga hero-hero Ummi tu ya. Nanti upah duit raya ekekeke.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: