Kad Raya Misteri

Tengah buat kerja tiba-tiba dapat call dari receptionist.

”Kak.. ni ada kad raya husband akak suruh bagi pada akak”

”Haaa.. kad raya? Siapa yang bagi?” (macam pelik benorkan, padahal dah memang nak raya)

”Husband akak ni tadi letak sini”

”Memang nama akak ke?”

”Aah Hernee Marine”

”Ok..kejap lagi akak turun”

Sebelum turun call Babah.. dalam hati “eh siapa pula yang bagi kad raya ni..siap bagi pada Babah pulak tu.. secret admire Ummi ke? ekekeke” (merepek!)

”Abang kat mana?”

”Kat tingkat 3”

”Kad raya apa kat recept tu? Siapa bagi?”

”Entah..abang tak buka pun.. tetiba ada atas meja”

”Oooo ok..ok”

Bila turun bawah, terus ambil kadnya pada Ina. Tengok tulisan memang tak kenal. Buruk no tulisan hahaha.

P_20170616_095714

Tak tunggu lama terus je buka envelope sebab macam misteri no rasanya kahkahkah. Drama sangat!

P_20170616_095844

Sekali buka tengok kad raya MMC. Buka isi dalam tengok nama Mohd Nazir Mahat. Ciskek betul tau Babah ni tau. Serius memang tak terfikir pun kad raya tu dari Babah hahaha. Ingat siapalah pemuja rahasia Ummi kahkahkah. Saja je nak acah-acah suwit dengan Ummi kan. Ummi senyum sampai telinga sambil gelak sorang masuk lift sampai kena tegur dengan boss IT hahaha. Kenapa sewel minah ni gelak sesorang depan lift Rolling on the floor laughingRolling on the floor laughing. Thanks Babah yang suwit tahap potong kaki. Nanti Ummi balas eh. Belek-belek kad raya tu cari la kot ada pantun “Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas” hahahaha tapi tak ada haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Kad Raya Misteri

Leave a Reply to Hernee Nazir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *