Aduhaii.. ini semua gara-gara Geng Jumaat la ni. Saja je introduce Chilindo kat i tau. Kan dah i terjebak sama. Jenuh menatap Chilindo malam tadi, lepas tu sambung subuh sebab nak bid hahaha.
Dannnnn Ummi berjaya membida (skema) 4 barang dibawah..
DIY Smartphone Projector 2.0 – RM19.50
Boleh tengok movie dengan anak-anak. Sebenarnya Babah ada buat DIY projector tapi tak jelas sangat.
Kuali 12” – RM7.30
Kuali raya hahaha. Harap kualiti ok la jangan pakai sekali je sudah. Tapi nasib harga murah hehehe.
Klip Lensa Universal untuk Telefon – RM6
Universal lense saja je bid nak dapat lagi murah sebenarnya, sekali sampai tahap RM6 dah tak ada bidder lain.
Video Digital Camera – RM91.10
Yang last sekali tu kan tak jangka juga dapat bid dan tak ada bidder lain. Ilham la ni. Dia kata “Ummi beli ni Ummi.. nanti boleh boleh rakam Ilham nak masuk youtube”. Ilham juga kena salahkan. Ni entah zaman bila punya Digital Video Camera la ni agaknya.
Baru perasan kenapakah tajuk barang-barang ni seperti di google translatekan hahaha. Rupanya Ummi tukar ke bahasa melayu. Ok dah siap check out pun. Malas nak bid untuk android mini laptop tu. Sakit hati tunggu lama hahaha. Sekarang Ummi menanti barang-barang ni semua sampai. Korang kalau nak test-test pergi la jengah website CHILINDO. Tapi jangan salahkan makcik kalau termenang bid hehehe.
hari tu member cakap tak betul..eh entahlah
JanjiKita
kawan akak beli ok jek sampai..
Udah sampai ke barang nye kak? kualiti ok tak?
dah sampai..kualitinya hmmm.. nanti tunggu entri terbaru saya jam 1pm ya..hehehe
sy pun memang video cam..rm98..
basikal mountain bike rm330..
tgh tunggu brg sampai..berbaloi kah siapa yg pernah dpt?
awak boleh baca entry saya yang ini ya..
http://herneenazir.com/2017/07/20/review-shopping-di-chilindo/
Wow tak sangka Hernee bid barang semua canggih..
LZ hanya bid below RM10 sebab masih belum confident, huhuhu
hahaha..aduhaiii ok lagi tu rm10..skrg dah tak bukak dah chillindo..bahaya..
Salam…. Sya ad menang bid, so barang2 tu ad dalam troli, camne kalu sya nak cancel bid sya tu, sbb sya belum lagi buat pengesahn pembelian…. Ad setengah org ckp, brang2 tu akan trbatal sndri selepas seminggu… Betul ke kak?
wassalam, ye betul dik..kalau awak tak nak..awak biarkan je.. nanti dia terbatal..jangan check out tau..