Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2017–Day 16

Cerita Ramadhan hari ke 16. Ummi memang dah plan nak masak ayam red, labu masak lemak. Babah pun dah siap belikan bahan-bahan memasak, tup tup dia kata tak payah masak pulak. Sebabnya Acu Nuar nak ajak berbuka kat Absolute Thai, Medini Mall. Ummi dari lemau-lemau mengantuk terus jadi segar ahahaha. Terus call booking meja sesiap. Dalam pukul 6pm gerak ke Medini.

P_20170611_190047_BF

Itu Acu Nuar, adik bongsu Babah. Single but i’m not sure whether he is available or not ekeke.

P_20170611_190054_vHDR_Auto

“Babah.. babah wap amil eh?” Amboii kemain dia arahkan Babah suap dia makan hehehe.

P_20170611_190104_BF

Abang Ilham sejak balik sekolah dah start toye. Sebelum keluar dia kata ngantuk, on the way tu sempat tidur. Sampai sini dia kata sejuk, bila Ummi rasa badan dia mula panas. Aduhaiii demam pula pakcik ni kesian. Mood nak makan pun kelaut.

P_20170611_185425_vHDR_Auto

Sampailah waktu berbuka puasa, sebelum tu kami dah kill the times dengan meronda sekitar Medini Mall hahaha. Ok jom tengok menu berbuka kami.

P_20170611_191423_vHDR_Auto

Absolute Thai Combo

P_20170611_190556_vHDR_Auto

Tomyam Seafood Soup with served in fireport

P_20170611_192022_vHDR_Auto

Steamed Siakap with garlic, chillies & lime sauce

P_20170611_190319_vHDR_Auto

Thai Manggo Salad with Crispy Catfish

P_20170611_190929_vHDR_Auto

Stir-fried Baby Kailan with Salted Fish

Alhamdulillah kenyang lagi mengenyangkan hehe. Thanks yang belanja. Menu kat sini memang tsedap-sedap belaka hehe.

P_20170611_183753_vHDR_Auto

Ada juga waitress offer untuk pakej berbuka puasa Get Together dari Absolute Thai ni. Set for 4 RM205. Tapi memandangkan kombinasi menunya tak berapa nak menarik kami tak pilih la yang pakej tu hehe. Lepas makan ronda ke Puteri Harbout kekonon nak ajak anak tengok Riding in Glow tu, tapi memasing dah tidur terus je balik rumah hehehe.

Ok itu saja cerita Ramadhan ke 16 kami. Hari ni Ummi sambung masak lauk ayam red hehe.

Share this nice post:

Comments

comments

1 thought on “Ramadhan 2017–Day 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *