Solat Subuh VS Tarawikh

Agama

** Perkogsian dari boss Ummi di group whatsapp

SOLAT *SUBUH BERJEMAAH LEBIH UTAMA* BERBANDING TARAWIKH.

Fenomena biasa bulan Ramadan begitu ramai yang hadir waktu solat Tarawih di masjid namun jumlahnya jauh lebih sedikit waktu solat Subuh. Sedangkan dari segi keutamaan dan fadilat, solat Subuh berjemaah jauh lebih utama berbanding Tarawikh. Dikongsikan hadis-hadis mengenai fadilat Subuh berjemaah:

1) Solat subuh berjamaah sama seperti *pahala solat seluruh malam*. (HR Muslim)

2) Solat subuh *disaksikan oleh para malaikat siang dan malam*. (HR Bukhari No. 6878 dan 4348)

3) Apabila seseorang itu tahu akan *kelebihan jemaah solat Subuh dan Isyak di masjid* ia pasti ia akan usahakan datang *walaupun dengan keadaan merangkak*. (HR Bukhari)

4) Dianugerah fadilat besar di dalam Subuh itu ada solat fajar yang keistimewaannya *melebihi dunia dan seisinya*. (HR Muslim)

5) Nabi SAW telah mendoakan kerbekahan orang yang bangun Subuh. (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

6) Orang yang menunaikan solat Subuh, ia mendapat *JAMINAN dari Allah SWT*. (HR Muslim)

7) Orang yang memelihara solat Subuh dan Asar akan *melihat Allah SWT di dalam syurga* sebagaimana kita melihat bulan yang tidak terhalang. (HR Bukhori dan Muslim)

8) Orang yang memelihara solat Subuh dan Asar (di awal waktu dengan istiqamah) ia *akan masuk Syurga*. (HR Bukhori dan Muslim)

9) Barang siapa yang bunuh orang yang solat Subuh Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dasar neraka. (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

10) Dari A’isyah r.a bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

”Dua rakaat fajar (menurut riwayat adalah Solat Sunat Rawatib Qabliyyah), *lebih baik dari pada dunia seisinya.*” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).

Kemudian, juga hadis dari A’isyah r.a menceritakan,
Tidak ada solat sunah yang lebih diperhatikan Nabi Muhammad SAW dari pada dua rakaat fajar.

(HR. Bukhari 1169).

Solat sunnat rawâtib (solat yang menyertai solat fardhu) tidak sama keutamaannya. *Solat sunat Subuh menempati urutan teratas*. Sebab, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya meski beliau berada dalam perjalanan.

11) “Barang siapa *berjalan untuk solat wajib* berjamaah maka pahalanya seperti *pahala orang yang berhaji dan ihram*. Barang siapa berjalan untuk solat sunah maka itu seperti pahala umrah.” (Hasan; Shahih Al-Jami’ hadits no. 6556).

12) “Barang siapa *berjalan untuk solat wajib* dalam keadaan sudah suci *(berwudhu di rumah)*, maka ia seperti mendapatkan *pahala orang yang berhaji dan ihram*….” (HR Ahmad).

13) “Barang siapa solat Subuh berjamaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, lalu solat dua rakaat (menurut riwayat adalah *Solat Isyrak, yakni 12 min selepas Syuruk* ), maka ia mendapatkan pahala seperti *pahala haji dan umrah* secara sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tarmizi).

14) “Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh” (Q.S. Ar-Ruum [30] : 17)

Berdoa dan merayulah kepada Allah SWT agar kita diberikan kekuatan untuk mengamalkan *Solat Subuh di Masjid serupa sebagaimana kita Solat Tarawikh di Masjid.*
p/s Sama-samalah kita ingat mengingati..

Related Posts

4 thoughts on “Solat Subuh VS Tarawikh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!