DDHN–Resepi Udang Goreng Kunyit Mudah

Menu semalam cincai boncai je, janji kenyang hehehe. Selain dari Ayam Masak Merah, Ummi masak Udang Goreng Kunyit juga. Resepi mudah je, masak sambil pejam mata pun boleh. Tapi kalau rentung kuali tanggung sendiri ekeke.

1496142471579-02

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dipotong mayang
  • 1/2 biji bawang besar – dipotong mayang
  • Sayur: Kacang panjang, bunga kobis, carrot
  • Garam secukup
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis cili merah, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan sayur-sayuran aksesori tu.
  4. Perasakan dengan garam dan kacau seketika. Siap untuk dimakan. Haipppp!! tunggu azan maghrib dulu hehehe.

Ummi ni masak tak handal mana pun. Saja share resepi simple. Harap membantu yang kekurangan idea nak memasak especially dalam bulan puasa ni.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 thoughts on “DDHN–Resepi Udang Goreng Kunyit Mudah

  1. assalamualaikum hernee…wah !! resepi tutup mata ni…kena tuntut ilmu dgn hernee ni…ada pengerasnya x..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: