Resipi Ayam Masak Merah

Dari Dapur Hernee Nazir Recipes

Resipi Ayam Masak Merah | Kalau korang rajin follow blog Ummi Ilhams ni memang selalu je nampak menu Ayam Masak Merah ni aka Ayam Red kata Abang Ilham. Memang menu kegemaran dia ni. Semalam dia request lagi jadi Ummi pasrah je ikut je tekak dia. Dulu rasa susah gila kot nak masak Ayam Masak Merah. Bila dah pandai adjust sana sini eh senang je kot. Tengoklah Ayam Masak Merah versi Ummi Ilhams.

resepi ayam masak merah


RESEPI AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 senduk besar cili kisar
1/2 biji bawang besar – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
1 batang serai
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato – potong dadu kecil
garam
gula

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau nak tumbuk pun boleh.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, sehingga garing. Masukkan gula untuk effect warna sambal yang menarik ecehhhh.
  4. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang siap dikisar.
  5. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik dan kacau sebati
  6. Masukkan tomato di potong dadu kecil dan  biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
  7. Bila kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan perasakan dengan garam. Bila rasa dah ok tutup api. Sedia untuk dimakan.

Hari ni insha Allah kita berbuka di rumah Tok Ayah. Ummi rasa macam nak masak Sambal Tempoyak Udang tapi masak kat rumah nenek la sebab gas kat rumah habis subuh tadi saat nak masak bekalan untuk anak-anak. Ohhh haru sungguh. Ayam yellow bekal untuk Syamil masak separuh jalan tak sempat masuk santan. Opah tolong sambung masak haha. Ok stop merepek, kurang tenaga sebab terbabas sahur di hari ke lima haha. Padan muka.

Baca juga: Resepi Acar Timun & Nenas

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Related Posts

4 thoughts on “Resipi Ayam Masak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!