Resepi Bubur Lambuk Sedap

Lazada_Ramadhan_Raya_Blogger_Contest

Hari ni Ummi nak menyahut cabaran LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST. Untuk minggu pertama, bertemakan “Delicious Ramadhan”. Ok Ummi nak sharekan menu kegemaran  Ummi setiap kali munculnya Ramadhan. Ini favourite iftar dishes yang memang Ummi suka sejak kecil Arwah mak mesti masak bubur lambuk untuk berbuka. Korang suka tak makan bubur lambuk? Jom tengok resepi mudah dan sedap untuk membuat bubur lambuk.

CONTEST MINGGU PERTAMA

Tema : Delicious Ramadhan

Tarikh : 19 May – 1 June 2017

MY FAVOURITE IFTAR DISHES – BUBUR LAMBUK

bubur lambuk

RESEPI BUBUR LAMBUK SEDAP

Bahan-bahan ( anggaran untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 ulas bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit halia (dikisar)
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 bungkus daging kisar
  • 1 cawan santan 
  • 2 helai daun kunyit (dipotong mayang)
  • 2 bungkus udang kering (dikisar)
  • minyak masak
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam secukup rasa
  • Knorr Pasti Sedap All in One Seasoning

Cara2:

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang ke dalam Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan  masukkan udang kering dan rempah kurma. Tumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan pula daging, beras dan air. Renihkan bubur sehingga daging dah beras masak dan tambah air jika perlu. Bila bubur agak dah masak, masukkan santan dan daun kunyit. Masukkan garam gula dan Knorr Pasti Sedap All in One Seasoning. Biarkan sehingga mendidih dan angkat. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

Amacam senang tak? Lagi senang kalau ibu-ibu dapat masak bubur lambuk ni guna pressure cooker. Lagi menjimatkan masa dan tenaga. Campak-campak bahan siap.

philips pressure cooker

Korang boleh dapatkan Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L ni Lazada Malaysia. Ada HOT DEAL tu, jimat sehingga 39%. Senang untuk dikendalikan, non-stick inner pot dan salah satu cara masakan yang sihat.

knorr pasti sedap
Knorr Pasti Sedap All in One Seasoning ni pun korang boleh dapatkan di Lazada. Jangan tak tahu, korang nak shopping groceries pun boleh di Lazada ni. Knorr Pasti Sedap pasti menambah keenakan rasa bubur lambuk korang tu.

marhaban ya ramadan lazada

Sempena bulan Ramadhan ini yang mulia ni, Lazada Malaysia telah melancarkan Marhaban Ya Ramadhan By Lazada  dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang menawarkan potongan harga sehingga 90%  dari 19 May sehingga 30  June 2017. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Lazada untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini.

Share this nice post:

Comments

comments

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: