DDHN – Resepi Sambal Goreng Jawa Mudah

28/05/2017

BAHAN-BAHAN:

Tempe 1 keping – hiris nipis n goreng
Kentang 1 biji – hiris dan goreng
So Hoon & Tauhu Kering- rendam n toskan
Udang – dibuang kulit
Pedal/hati ayam – kebetulan ada beli ayam sekor jadi ambil hati dan pedalnya yang setoet tu, rebus dan potong kecil potong2
Tauhu 1 keping- potong dadu dan goreng
Kacang panjang – potong serong
Lada merah – potong serong
Bawang besar – dimayang
Bawang putih – dimayang
air asam jawa
kicap manis
garam


CARA-CARA:

Tumis bawang, lada merah sehingga naik bau. Masukkan udang dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan kicap secukupnyer. Masukkan pula tauhu,tempe,kentang,ati/pedal ayam gaul rata. Selepas itu masukkan kacang panjang, so hoon dan tauhu kering dan juga air asam jawa. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam. Kicap yang digunakan tu kicap manis jadi tak perlu bubuh gula untuk balancekan rasa. Makcik tak pakai pak aji. Kalau korang pakai pak aji sila lah bubuh ikut rasa korang ya.

Selamat mencuba sambal goreng jawa yang dimasak oleh orang Melayu ekeke.

Share this nice post:

1 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: