DDHN – Resepi Asam Pedas Ayam

27/05/2017

RESEPI ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam, potong kecil
2 batang serai, diketuk
1 cekak daun kesum, cuci dan toskan
1 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR ATAU TUMBUK LAIN:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis cili kisar sehingga hingga pecah minyak, masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga harum dan kacau rata. 

Masukkan ayam dan serai dan daun kesum. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air asam secukupnya sehingga ayam tenggelam. Kacau dan biar mendidih. 

Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (jika suka). Masak hingga ayam empuk kalau dah ok boleh matikan api. 

Dah siap dah asam pedas ayam Ummi Ilhams. Walau apa pun rasanya The Ilhams tetap kata sedap. Pandai eh korang jaga hati Ummi

Selamat mencuba ye uolls.

Share this nice post:

2 Comments

  • mar

    28/05/2017 at 12:15 am

    Tu dia resepi. Banyak juga sekali masak tu kak.

    1. Hernee Nazir

      28/05/2017 at 2:51 pm

      aah mar..sebab bawak balik kampung..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: