Panduan Solat Sunat Terawih Sendirian Bagi Ibu-ibu Di Rumah

Agama

Panduan Solat Sunat Terawih Sendirian Bagi Ibu-ibu Di Rumah | Almaklumlah bila anak-anak semakin bertambah, banyak kekangan untuk ibu-ibu ke masjid. Jangan bimbang, Islam itu mudah. Ibu-ibu boleh lakukannya sendirian di rumah. Begitu juga dengan Ummi Ilhams, memang ada kekangan untuk ke masjid.

solat terwaih 1

Mudahnya solat sunat Terawih ni.
Tak mampu buat di masjid, lakukan saja di rumah, terutama si gadis yang tidak berteman, ibu-ibu yang ada anak kecil, orang yang sakit dan tua.

“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (terawih) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan k eikhlasan maka Allah ampunkan segala dosa yang lalu..” (Riwayat Muslim)

SOLAT SUNAT TERAWIH

solat terawih 3

Niatnya Solat Sunat Terawih :


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

solat terawih 4

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Panduan Solat Sunat Terawih Sendirian Bagi Ibu-ibu Di Rumah

solat terawih 5

solat terawih 6
solat terawih 7

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”

● Zikir Selepas Solat Witir [30 kali]
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Credit: https://www.facebook.com/mrs.mamazone/

p/s Semoga urusan ibu-ibu semua dipermudahkan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak. Kami sekeluarga memohon ribuan ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang anda semua mengenali kami. Maaf andai ada tulisan saya yang mengguris hati.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Panduan Solat Sunat Terawih Sendirian Bagi Ibu-ibu Di Rumah

  1. sebenarnya mudah je, tapi tulah mim alif lam sim memang menguasai org2 kita, hehe tapi best sebenarnya kalau buat dekat surau/masjid bila ada dekat rumah Johor.. cuma dh duduk rumah sewa jauh dari surau/masjid memang kena buat sendiri

    1. betul tu.. syok gi masjid kan..akak sejak dah ada anak mmg ada kekangan la ke masjid..tapi bukan susah pun buat sendiri kat rumah..nak dgn tak nak jek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!