Follow Up Check Up Syamil

My Hero Kechik - Ilham Syamil

Cerita hari Isnin, Ummi Babah half day bawa Syamil untuk follow up check up Hospital Columbia Asia. Follow up check up dari kes yang Syamil warded hari tu.

P_20170522_094254_BF

Sesampai je hospital, Babah parking kereta Ummi pergi register.. muka dia dah start berubah dah. Dah mencebik dah lagi-lagi bila tak nampak bayang Babah. Ummi pujuk-pujuk lepas tu Babah sampai je terus menangis beriya. Sudahnya tertidur.

Bila dah sampai turn register di kaunter dan terus ke klinik, budak cenonit tu pun terjaga semula dek kerana nak kena timbang berat. Berat terbaru 9.2kg. Selim melim. Lepas tu kami ke cafe untuk breakfast.

P_20170522_101446

Mula-mula monyok, lama-lama ceria alhamdulillah. Tapi Ummi tahu adik takut sebenarnya hehe. Babah ambilkan dia coco crunch dengan fresh milk. Dicelupnya dengam tangan maybe dia ingat tak ada susu hahaha.

P_20170522_095417

Ummi Babah makan soto nasi. Kata Babah kalau air teh o cair orang kata boleh nampak Singapore. Kalau soto cair boleh nampak batu karang kahkahkah. Nasiblah soto cair tapi ada rasa. Kalau tak muncung Babah memang jejak Singapore. 

P_20170522_112952_BF

Lepas makan kita mereputlah menunggu turn yang ke 12 nak jumpa doktor.

P_20170522_112955

Ramainya la hai orang. Awek comel ni tengah menyanyi dengan ayah dia sambil buat sign language. Comel!

P_20170522_120458

Sampai juga turn Syamil. Time nak jumpa doktor time tu lah dia tetiba batuk. Nasiblah doktor kata tak teruk sangat paru-parunya.

P_20170522_120501

Babah memujuk dia yang dah mencebik-cebik takut doktor. Doktor tengah check belakang dia tu. Tersembunyi Dr. Azhar belakang Babah tu.

P_20170522_121345

Berjuraian air mata seorang lelaki hahaha. Sedih sangat nampak gayanya. So far doktor kata Syamil ok. Cuma kes rahang kecil tu yang buat sistem pernafasan dia bebunyi. Doktor suruh teruskan inhaler dan singular. Pastikan ikut aturan. 

P_20170522_121501

Oleh kerana Syamil berisiko dengan masalah paru-parunya, doktor suggestkan kami untuk dapatkan suntikan tambahan Pneumococcal. Dah lama doktor bagitau baru hari tu kami setuju untuk bagi suntikan. Doktor kata bukan bermakna dah suntik Syamil takkan ada risiko masalah pada paru-paru ke apa. Kita usaha je mana yang termampu. 1 dose suntikan Pneumococcal ni berharga RM267. Meraung kejap budak cenonit tu. Sorry eh dik. Settled jumpa doktor, settled bill terus ambil ubat dan balik sebab Ummi Babah nak masuk kerja.

20170522_103517

Eh sebenarnya kan masa lepas breakfast Ummi ke washroom. Sekali masa Ummi keluar je tengok Babah tengah syok berbual dengan seseorang. Sekali Ummi tengok betul-betul eh ni player JDT tu Fadhli Shas. Dah dua kali terjumpa tapi kali ni baru Babah berbual dengan dia. Peramah orangnya. Anak dia kena tahan wad sebab demam panas.

Ummi saja tanya Babah.

“Macamana abang boleh berbual dengan Fadhli Shas tu?”

“Oooo.. dia datang kat abang.. dia kata nak bergambar dengan abang”

Ooooohhh.. emmmmm..giiii..nak muntah dengar hahaha. Layankan aje lah.

P_20170522_130737

Sekali on the way balik lalu jalan Lima Kedai-Gelang Patah, terserempak dengan bas JDT.

P_20170522_130745

Sempat juga Ummi snap. Babah kata “Oooo.. ni mungkin tadi sebab Fadhli Shas dah bagitau diorang.. ada sorang player JDT dia jumpa kat hospital”. Erkkkk.. Ummi muntah sekali lagi hahaha.

Ok, penat bebel hahaha. Doakan hero saya yang paling kecil ni terus sihat macam kawan-kawan dia yang lain ya. Lepas raya kita jumpa Dr. Azhar lagi ya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!