Ummi’s Birthday Treat at Seoul Garden, Angsana Johor Bahru Mall

My Birthday

Hari Ahad Babah tanya nak makan kat mana? Ummi terus blur tak ada idea. Sekali teringat Kak Seri makan kat Dreamliner Airways Cafe. Buka FB tag Babah dengan harapan Babah baca. Masuk kereta jalan terus, tak cakap nak ke mana dalam hati mesti Babah dah baca review ni hahaha. Sekali sampai fly over highway Skudai dia belok tak terus ke Tebrau. Erkkkk.. Ummi tanya nak ke mana? Ke Seoul Garden lah kata dia hahaha. Hancur harapan Ummi nak makan kat Dreamliner Airways Cafe. Babah kata nak pusing tak? Ummi kata proceed jek lah Seoul Garden sebab itu lagi sedap hahaha.

P_20170521_160033_vHDR_On

On the way tu nampak Uyul post status tengah makan kat Seoul Garden hehe. Mari kita buat surprise kat dia. Kita masuk pun dia tak sedar. Snap gambar masuk dalam whatsapp group JDT Blogger baru dia sedar ada mamarazzi perhati dia dari belakang ekekeke.

P_20170521_160124_BF

Dia kata kita rindu dia, semalam dah jumpa hari ni jumpa lagi. Ewahhh..ewahhh.. Haruslah snap gambarjan walaupun Syamil terccopong tidur.

P_20170521_160218_vHDR_On

Babah terkial-kial ambil bahan, Abang Ilham dah makan kentang goreng.

P_20170521_160227_BF

Budak kecil tu puas dikejut tak bangun. Mengantuk sangat awal pagi dah bangun hantar abang sekolah.

P_20170521_160308_vHDR_On

Hari ni Babah kena gerak lebih ambil bahan sebab Ummi riba adik tidur. Aduhaiii lapar tengok.

P_20170521_160443_DF

Kali ni kami banyak bedal yang grill. Ummi suka gila cara dorang marinate. Sedap nyum3 hahaha.

P_20170521_160633_vHDR_On

Aduhaiii tak sabar nak makan. Bahaya ni tengok gambar ni time bulan puasa hahaha.

P_20170521_161033_DF

My all time favourite ecehhhh.. kimchi yang sedap.

P_20170521_161815_DF

Tak dilupakan sushi.

P_20170521_161135_vHDR_On

Cair hati Ummi bila dapat tatap muka hero-hero kesayangan hehehe.

P_20170521_161901_vHDR_On

Akhirnya hero paling comel dihati Ummi bangun dan terus makan hahaha. Ummi beriya la pakaikan anak-anak t-shirt gambar aeroplane nak ambil mood kapal terbang hahaha. Sekali kita isi perut kat Seoul Garden hahaha.

P_20170521_194055

Ok Babah belanja 2 slices kek. Ummi nak Durian Cheese Cake tapi malangnya baru je habis. Oh sedih. Babah sila belikan lagi eh. Thanks Babah for the birthday treat. Ingatkan Babah tak nak belanja Ummi makan sedap sempena birthday, baru je nak merajuk setahun hahaha. I love you more!

P_20170521_171716_vHDR_On

Lepas makan kita lepak tepi kejap.

P_20170521_171731_vHDR_On

Babah suruh Ilham sedekah busker yang tengah perform ni. Boleh tahan suara vokalist dia sedap. Baru je nak tengok diorang perform nampak bayang Nek Chal. Rupanya dia nak collect popia dari Mak Jemha kat depan entrance Angsana tu. Rezeki kami Nek Chal bagi sebalang popia. Nanti Ummi review serius sedap. Lepas tu kami masuk ke dalam Angsana ronda-ronda. Next entri kita share ya. By the way, Plaza Angsana dah bertukar nama tau.. sekarang dah jadi Angsana Johor Bahru Mall.

Related Posts

3 thoughts on “Ummi’s Birthday Treat at Seoul Garden, Angsana Johor Bahru Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!