#MYTravelAdventure–Makan Angin Ke Pahang

Cerita percutian dengan kawan-kawan sekerja Babah. Tak jauh kami bercuti cuma ke Pahang Darul Makmur je. Kami bertolak pagi dari Gelang Patah dan sampai lebih kurang jam 4pm di Quality Homestay, Kuantan. Fuhhhhh jenuh nak sampai. Lagi-lagi perjalan yang penuh onak liku sepanjang Mersing tu pusing kepala hehehe. Rehat-rehat sekejap petang tu kami ke Pantai Teluk Cempedak.

MYTravelAdventure1

Pertana kali menjejakkan kaki ke Pantai Teluk Cempedak.

MYTravelAdventure2

Menghirup angin petang sepoi-sepoi bahasa.

MYTravelAdventure3

Ilusi optik, Babah nampak selim hahaha.

MYTravelAdventure4

IMG_20130323_190841

Suka sangat budak kecil sorang ni tapi hakikatnya dia geli nak pijak pasir tu. Sebelum maghrib kami balik semula ke homestay.

MYTravelAdventure5

Malam kami keluar mencari makanan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Alahai terbayang-bayang rasa sedap makanan kat sini. Makan ramai-ramai pulak tu lagi lah syok walaupun anak ciak miak ahahaha. Balik dari makan berehat sepuas-[uasnya sebab esok pagi kami nak ke Bukit Gambang Water Park.

MYTravelAdventure6

Pagi kami konvoi ke Bukit Gambang Water Park tapi sebelum tu singgah tu sarapan makan nasi kerabu yang sedap gila. Alaaaa nama kedai makannya serius lupa. Memang sedap bermacam-macam lauk boleh pilih. Orang jangan katalah nak beli tu pun beratur sikit punya panjang.

IMG_20130324_133947

Dia buat gaya lentuk-lentuk pula. Tak berapa minit cecah air dia dah meraung tak nak mandi. Aduhaiiii jauh tu kita jalan sampai ke sini Ummi pun tak merasalah nak mandi-manda hahaha. Kecil besar kecil besar je Ummi tengok dia ni tau haha.

IMG_20130324_172231

Sudahnya kepenatan tak sedarkan diri. Aman Ummi nak pilih souvenir hehehe.MYTravelAdventure7

Kenangan di Bukit Gambang Water Park, sebelum balik ke Gelang Patah. Budak kecil tu dah sampai Gelang Patah dulu agaknya hahaha. Sepanjang perjalanan balik tu memang syok je tengok kampung-kampung yang terletak di tepi-tepi pantai.

MYTravelAdventure

Maka Babah and teh geng decided untuk singgah bergambar di Kampung Nenasi, Pekan, Pahang.

IMG_20130325_133532

Gambar sikit hehehe nak juga. Geram sangat tengok pokok-pokok kelapa yang tinggi melambai-lambai tu. Lepas tu kami meneruskan perjalanan lagi dan singgah sekali lagi di Muzium Sultan ABu Bakar, Pekan, Pahang.

IMG_20130325_124317

Ecehhhhh awak.. suka la tu.

MYTravelAdventure8MYTravelAdventure10

Padahal masa ni panas berdenting hahaha. Sanggup turun kereta bergambar.

MYTravelAdventure9MYTravelAdventure11

Posing dengan Ummi pula. Layankan aje lah ek, Ummi Babah awak ni. Seterusnya kami meneruskan perjalanan balik dan singgah di Mersing makan dan tapau keropok lekor dan makanan-makanan lain untuk dibawa balik.

Itulah cerita kami makan angin ke Pahang. Tak tahulah bila boleh sampai lagi. Teringin nak ke Bukit Tinggi, nanti kita plan ye Babah. Maybe boleh ajak kawan-kawan office Babah lagi bercuti ramai-ramai.

Korang kalau nak dapatkan harga hotel dan flight yang lumayan dan berpatutan boleh jengah website Traveloka tau. Ada hotel and flight discount sempena musim cuti sekolah nanti. Nahhh apa tunggu lagi. Cepat! Dapatkan diskaun dari Traveloka sekarang!

#TravelokaMY
#MyTravelAdventure

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Hernee Nazir on sabbloggerHernee Nazir on sabfacebookHernee Nazir on sabinstagram
Hernee Nazir
Author
Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor

♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship
email to: hernee.nazir@gmail.com
whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “#MYTravelAdventure–Makan Angin Ke Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published.