Panduan Bayaran Fidyah Online (eMAIJ)

Agama

Panduan Bayaran Fidyah Online (eMAIJ) | Ramadhan bakal muncul beberapa hari lagi. Bagi yang wajib membayar fidyah, sudahkan anda membayar fidyah? Terima kasih pada kawan seperjuangan geng susu ibu, Cik Jah berkongsi Panduan Bayaran Fidyah Online di website Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Bermula 1 Januari 2017, MAIJ telah melancarkan sistem e-Fidyah online dan applikasi Fidyah Mobile bagi memudahkan umat Islam untuk menyalurkan bayaran fidyah (denda) berbanding sebelum ini yang hanya boleh dibuat dikaunter.

Bagaimana caranya? Jom saya kogsikan.

LOG MASUK SISTEM

  • Layari  http://epayment.maij.gov.my/ sebelum itu klik DAFTAR PENGGUNA untuk pengguna baru.
  • Setelah paparan keluar, masukkan No. KP dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan
  • Kemudian, klik butang masuk.
EMAIJ 2

DASHBOARD E-FIDYAH

EMAIJ 3
  • Klik pada Fidyah Online.
EMaij 1
  • Terdapat lima pilihan menu yang disediakan:a. Kira dan Bayar (Berbeza Bilangan Hari)
    b. Kira dan Bayar (Sama Bilangan Hari)
    c. Rekod Pengiraan
    d. Rekod Pembayaran
    e. Info Fidyah
EMAIJ 4
  • Jika pembayaran anda adalah untuk diri sendiri, anda boleh terus melengkapkan butiran untuk pengiraan fidyah.
  • Sekiranya bayaran anda mewakili seseorang anda diminta untuk mengisikan nama wakil pada ruangan yang disediakan terdahulu sebelum melengkapkan butiran untuk pengiraan fidyah.
  • Jika ingin menambah maklumat pada jadual, sila klik Tambah.
  • Jika telah pasti dengan jumlah yang telah dimasukkan, sila klik Bayar.
  • Jika klik Bayar, Maklumat Bayaran Fidyah akan dipaparkan.
  • Sila klik Bayar untuk meneruskan proses pembayaran.
EMAIJ 4
  • Paparan bagi Pengesahan Pembayaran Melalui FPX akan dipaparkan.
  • Anda boleh membuat pilihan samada mahu klik pada butang Tutup atau Bayar Melalui FPX.
EMAIJ 6
  • Maklumat paparan FPX ini akan dipaparkan.
EMAIJ 7
  • Sila pilih nama perbankan yang anda ingin gunakan untuk meneruskan proses transaksi pembayaran.
  • Masukkan alamat emel anda pada ruangan yang disediakan.
  • Klik butang Agree and Continue jika andatelah pasti untuk meneruskan proses transaksi secara atas talian
  • Sila klik butang Bayar Melalui FPX untuk meneruskan proses pembayaran.
  • Paparan perbankan yang anda pilih akan dipaparkan untuk anda meneruskan proses pembayaran fidyah secara atas talian.

Untuk lebih terperinci, boleh rujuk MANUAL PENGGUNA E-FIDYAH MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

Bagi aplikasi Fidyah Mobile (Android) boleh download di Google Apps Store

Download >> eFidyah Mobile Apps<<

Ok, semua saya pun dah belek-belek dan cuba gunakan aplikasi ni insha Allah memudahkan. Jangan lupa tunaikan kewajiban ya. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Panduan Bayaran Fidyah Online (eMAIJ)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!