DDHN – Sambal Tempoyak Udang

Dari Dapur Hernee Nazir

P_20170505_193353_vHDR_Auto

Menu semalam Sambal Tempoyak Udang. Sebenarnya terbayang-bayang nak makan Sambal Tempoyak Udang Petai tapi malangnya tak ada yang menjual petai sekitar kedai di rumah. Tapi beli jugalah udangnya. Oleh kerana Babah tak berapa gemar tempoyak, maka kita masak udang dua versi. Satu bertempoyak dan satu lagi sambal udang. 

Mudah je saya buat Sambal Tempoyak Udang ni, stok sambal tempoyak ikan bilis yang tu (boleh baca entrinya di SINI) saya ambil dalam 2-3 sudu dan tumis semula lepas tu teruslah masukkan udang yang dah dibuang kulit. Makan dengan nasi panas, memang tak pandang lauk lain. Perghhh kalau ada petai lagi terangkat. Hari-hari dibayangi sambal tempoyak sampai pergi cafe pun tetiba terbau sambal tempoyak hahaha. Teruk penangannya.

Oklah, time to rest. Esok ada hal yang perlu diuruskan. Sebelum tu belanja gambar anak-anak Ummi.

Syok diorang bertiga main berkejar-kejar sementara menunggu Mommy Zara datang. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami demi menjaga hubungan adik beradik antara Ilham, Zara dan Syamil. Aamiin.

Related Posts

3 thoughts on “DDHN – Sambal Tempoyak Udang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!