Teman Aunty Dila BerShellout Bajet

Geng Makan

Ye lah teman lah sangat haha. Anak-anak memang dah ke rumah Mommy Ngah transit sebab Ummi aerobik. Oleh kerana aerobik dibatalkan maka kami mogok. Kami mogok dan terus makan di sini ekekeke. Alasan!

P_20170504_181351_vHDR_Auto

Aunty Dila makan shellout sambal hijau.

P_20170504_181811_vHDR_Auto

Ummi terpaksa makan shellout blackpepper. Makan dengan tenang buat sementara fefeeling belum balik kerja. Menikmati setiap titisan kuah blackpepper yang sedap tu kan. Dihujung-hujung makan, tengah syok gigit kaki ketam yang terakhir terdengar suara jeritan “Ummi.. Ummi”. Rasa macam tengah tidurtetiba tersedar dari mimpi lah. Toleh belakang Mommy Ngah tengah membonceng Ilham dan Syamil atas motor. Kahkahkah. Kantoi Ummi tengah bersenang lenang makan dengan Aunty Dila.

P_20170504_183658_vHDR_Auto

Tapi budak botak tu tak nak dengan Ummi sebab nak ikut Mommy naik motor.

P_20170504_183704_vHDR_Auto

Ni ha budak yang buat kantoi. Tersengih-sengih cakap Ummi tak ajak dia. Padahal Ummi dah tapaukan dia dengan Babah.

P_20170504_183710_BF

Muka Aunty Dila yang kekenyangan. Sekejap lepas tu Nenek pun sampai dengan Mak Wee. Riuh rendah macam rumah dia dibuatnya. Siap-siap makan meh la balik dah nak maghrib. Aunty Dila kata sedap makan shellout bajet. Ok, kalau nak datang lagi jangan lupa ajak i ok hehehe. Itulah cerita kami semalam. Susah la dapat geng kaki makan ni ngeh3.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!