Tampil Selesa Dengan Wafeeqa Palazzo

Products Review

Nak kongsi ni, beberapa minggu lepas Ummi baru je beli 2 helai palazzo dari The Palazzo Expert. Rasanya memang dah lama tak beli palazzo.

wafeeqa palazzo

Terus grab dua helai black dan light grey. Sebenarnya banyak juga warna pilihan. Tapi ku tahan-tahan perasaan ini. Beli dua dulu Ummi jangan tamak hehehe, Kalau ikut nafsu membeli mahu semua warna nak beli haha.

KELEBIHAN WAFEEQA PALAZZO yang dipetik dari website The Palazzo Expert

  • SANGAT SELESA dipakai, ke PEJABAT ataupun utk casual-wear
  • TAK PERLU DIGOSOK & JENIS TAK BERKEDUT. Memang lepas basuh, senang je terus pakai gi keje. JIMAT MASA & TENAGA
  • Palazzo yg TRENDY, kelihatan seperti skirt tetapi sebenarnya seluar – nampak SWEET & AYU gitu
  • Kat belakang pinggang ada getah lembut yg akan muat ke saiz pinggang pemakai – just sarungkan je, tak perlu tali pinggang / zip bagai. Pinggang pun tak rasa terjerut, memang SELESA walaupun pakai ketika mengandung
  • Material: Heavy & thick Moss crepe – confirm TEBAL & AURAT FRIENDLY
  • KUALITI TINGGI – Tahan lama, tak berbulu @ kecut @ luntur walaupun lepas dibasuh berkali-kali

Jom tengok Ummi Ilhams menggayakan Wafeeqa Palazzo dari The Palazzo Expert.

P_20170501_174955_vHDR_Auto

Memang selesa sangat. Harga promo 2 helai RM120. Rasa macam pakai kain pun ya juga. Ilham cakap “Ummi pakai seluar apa ni Ummi?” hahaha. Kepochi eh Ilham. Yang penting aurat friendly. Abaikan gambar Ummi yang berdiri ke duduk tu entah macam tak stabil gayanya hahaha.

P_20170501_182845_vHDR_Auto

Pandangan dari atas ecewahhh. Walaupun labuh ikut anggaran yang diberikan, tapi still boleh adjust lagi. Boleh lipat lagi tu. Seluar ni bukan untuk mereka yang tak mengandung saja, untuk ibuibu mengandung pun sesuai tau. Nampaknya boleh pakai kalau pregnant nanti eh. Memang berbaloilah kan. Recommended!

Korang nak cuci mata dan poket boleh layari THE PALAZZO EXPERT

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Tampil Selesa Dengan Wafeeqa Palazzo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!