• Ramadhan Al-Mubarak

    Ramadhan 2017 – Day 5

    Menu berbuka puasa hari ke 5. Baru sebut-sebut semalam Nenek dah ajak berbuka kat rumah dengan menu campuran pantai timur dan selatan ekeke. Berkriuk-kriuk perut masa snap gambar-gambar menu berbuka ni. Meriah meja hari ni. Singgang daging Terengganu. Sambal sotong berpetai. Ikan Bawal Stim Lemon. Ketam masak lemak. Ok kalau Juju baca mesti dia cakap “Kak Hernee dan ketam berpisah tiada” Terung Goreng Berlada. Ulam-ulaman.. timun jepun, ulam raja dan pucuk tenggek burung. Sambal tempoyak ikan bilis dan sambal tempoyak daun kayu. Alhamdulillah kenyang sampai tersandar . Fuhhh selera betul makan. Lepas habis nasi duk ratah daging, petai, sambal tempoyak dibalut dengan pucuk tenggek burung. Ya ampun sedap gila hehe.…

  • Dari Dapur Hernee Nazir,  Recipes

    DDHN–Resepi Ayam Masak Merah

    Kalau korang rajin follow blog Ummi Ilhams ni memang selalu je nampak menu Ayam Masak Merah ni aka Ayam Red kata Abang Ilham. Memang menu kegemaran dia ni. Semalam dia request lagi jadi Ummi pasrah je ikut je tekak dia. Dulu rasa susah gila kot nak masak Ayam Masak Merah. Bila dah pandai adjust sana sini eh senang je kot. Tengoklah Ayam Masak Merah versi Ummi Ilhams. RESEPI AYAM MASAK MERAH BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)2 senduk besar cili kisar1/2 biji bawang besar – dikisar1 ulas bawang putih – dikisar1 batang serai2 sudu besar sos cili1/4 biji bawang besar dihiris kasar1/2 biji tomato –…

  • Ramadhan Al-Mubarak

    Dapatkan Murtabak Marni Di Bazar Ramadhan Nusa Perintis

    Korang penggemar murtabak, boleh dapatkan Murtabak Marni seperti biasa di Bazar Ramadhan Nusa Perintis, Gelang Patah sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Dijamin sedap dan puas hati. Serius tak tipu. MURTABAK MARNI, BAZAR RAMADHAN NUSA PERINTIS Harga murtabak: Murtabak Daging – RM6Murtabak Ayam – RM6Murtabak Cheese Daging  – RM12Murtabak Cheese Ayam  – RM12Murtabak King – RM15Murtabak Cheese King – RM20 Murtabak Cheese Daging. Amboiii cheese nya. Barisan murtabak yang menanti pelanggan. Tak pernah tak sold out tau. Tukang tebar berpengalaman hehe. Favourite anak-anak makan murtabak dan roti canai Acu Adik dia ni. Kalau bukan bulan puasa korang boleh dapatkan roti canai sedap di Restoran Marni, Taman Nusa Perintis 2. Dijamin sedap.…

  • Recipes

    DDHN–Resepi Udang Goreng Kunyit Mudah

    Menu semalam cincai boncai je, janji kenyang hehehe. Selain dari Ayam Masak Merah, Ummi masak Udang Goreng Kunyit juga. Resepi mudah je, masak sambil pejam mata pun boleh. Tapi kalau rentung kuali tanggung sendiri ekeke. RESEPI UDANG GORENG KUNYIT BAHAN-BAHAN: 10 ekor udang saiz besar 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 biji cili merah – hiris halus 3 ulas bawang putih – dipotong mayang 1/2 biji bawang besar – dipotong mayang Sayur: Kacang panjang, bunga kobis, carrot Garam secukup Minyak masak CARA MEMASAK: Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika. Panaskan minyak, tumis cili merah, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang yang diperap…

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: