Selamat Pengantin Baru Affandi & Isteri

Fren's Wedding

Hari ni makan tengahari free bersama geng Jumaat. Makan nasi minyak pengantin Affandi Rahilah dan isteri. Tak dapat jumpa pengantinnya, tapi entri ni khas untuk pengantin walaupun gambar makan kitorang yang lebih ekekeke.

P_20170428_135118_vHDR_Auto

Waktu rehat kami sampai ke Jalan Rokam ni, memenuhi undangan pengantin hehe. Pengantin tu ex-student Ummi masa mengajar Form 6 di SMK Gelang Patah hehe. Sekarang dah sama-sama jadi staff PTP dan pengantinnya tu officemate Babah.

P_20170428_131204_BF

Sebelum makan, tak peduli orang kiri kanan, snap tetap snap haha.

P_20170428_131148_vHDR_Auto

Kanak-kanak riang dapat makan nasi minyak.

P_20170428_131155_vHDR_Auto

Ada geng baru haha. Su join kitorang sekali. Kami berdua tumpang kereta pemandu F1 Cik Noni.

P_20170428_131216_vHDR_Auto

Pinggan Ummi ha, dah lapar macam tak sedar diri ek ambil lauk haha. Diet? Ahhh tahun depan ada lagi hahaha. Sedap masakannya lagi-lagi kambing tu.

P_20170428_132940_vHDR_Auto

Lagi sedap dapat makan Nutella Tart. Eh ye ke nama dia tu haha. Toleh kanan toleh kiri meja penuh staff PTP haha yang kaum hawa la. Semua pakat lunch nasi minyak rumah pengantin.

P_20170428_133002_BF

Ehhh ada pulak sedara kita jadi kendarat. Sempat ajak Kak Umi bergambar. Suka dia ajak bergambar hehe.

P_20170428_133905_vHDR_Auto

Lepas makan nasi, makan aiskrim pulak. hehehe. Eh comel sangat aiskrim ni. Tak cukup nak makan satu hehehe.

Dari awal sampai akhir cerita makan, sampai terlupa nak wish kat pengantin. Untuk pengantin, ”SELAMAT PENGANTIN BARU” semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin. Thanks menaja makan tengahari kawan-kawan PTP. Lepas ke rumah pengantin kami berjimba ke Forest City haha. Next entry lah ceritanya.

Related Posts

3 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Affandi & Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!