The Ilham & Magic Book

Parenting Products Review

Kisahnya dah lama Ummi nak belikan The Ilham magic book ni. Tapi dari sehari ke sehari asyik je lupa nak tanya ownernya. Semalam kebetulan terjumpa asa nak swipe in, jadi kakak kepochi pun bertanya. Betullah Kids Neuron tu ownernya wife Encik Taufiq. Teruslah order dua buah magic book.

P_20170426_173413_vHDR_On

Tadi dah dapat dah bukunya yeay! Nampak tak maknya yang lebih teruja hahaha. Ummi beli dua sebab tak nak berebut. Untuk abang animals, untuk adik transportation.

P_20170426_173218_vHDR_On


Sebelum anak-anak mencuba apa kata Ummi cuba dulu hahaha. Senang je gunanya, masukkan air ke dalam bekas biru yang ada berus di depan tu. Lepas tu sapu je dipermukaan buku tu. Taraaaa..muncullah rupa gajah tu ha.

Kesian Ummi zaman kecil dulu tak mampu nak beli magic book gini ekeke. Ehhh syok pula. Sila jangan over ya. Cepat-cepat simpan semula nak tunjuk kat hero-hero di rumah sebab semalam memang Ummi dah bagitahu diorang Ummi nak belikan buku baru.

Nahhhh.. Ummi sempat rakam diorang mewarna magic book.

P_20170426_183333_vHDR_On

Tekun mat-mat kidal nampaknya mewarna magic book hahaha. Abang Ilham membebel, “Ummi macamana ni buku ni asyik kering je.. macamana Ilham nak tengok elephant ni” hahaha. Alahai abang, buku ni memang gitu lah konsepnya. Dia tak kekal warnanya jadi abang dan adik boleh warna banyak kali. Kena gilir-gilir jadi tak boring.

P_20170426_183655_vHDR_On

Nah kena paksa posing dengan hasil mewarna gambar pertama.

P_20170426_183725_vHDR_On

Adik pun kena paksa rela. Adik belum habis buat satu muka abang dah potong queue. Tak apalah eh dik. Buat sama-sama jangan gaduh-gaduh. Buku ni ada 5 tajuk dan dibekalkan dengan brush pen. Sebuah buku RM35. Mesra alam, tiada toksik dan boleh digunakan berkali-kali. Jimat dan selamat untuk anak-anak. Baik untuk koordinasi mata dan tangan. Anak-anak juga boleh explore kebolehan seni lukis.  Bestkan.. kata Abang Ilham.. “macam hebat la Ummi” hahaha.

Kalau nak beli boleh jengah facebook kat bawah ni ya.

KIDS NEURON
KIDS NEURON
KIDS NEURON

Related Posts

6 thoughts on “The Ilham & Magic Book

  1. assalamualaikum hernee….wah semua teruja nak beli yer…mama pun nak belikan cucu juga….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!