Lunch Di Seoul Garden KSL City Mall

Family's Activity

Cerita semalam. Sepatutnya Ummi plan untuk projek naik bas dengan anak-anak. Plannya Terminal Bas Gelang Patah – Larkin Central – Bandar – Terminal Bas Gelang Patah (by Grab/Uber). Tapi rancangan tergendala, lagi pun hujan petang. Kita postponed next week insha Allah. Jadi Babah kata jom lah kita keluar makan.

Mula-mula Babah plan nak makan nasi goreng gearbox ke apa entah kat Pontian. Tapi dia pun tak pasti kat mana. Suruh Ummi search entah macam tak yakin kang kedai tutup naya, Terus je kami ke bandar, kekonon nak survey area Nong Chik Riverside. Pusing-pusing macam tak ada tempat menarik hahaha, SR8 Cafe belum buka. Nak ajak ke Brotherhood Steamboat & Grill mesti Babah tak nak. Ok jomlah ke Big Foot, eh sekali belum buka juga daaaaa. Hmmm.. otak Ummi dah terfikir satu tempat ni. Sekali buat-buat main tarik tali la kan ekeke. Rupanya Babah boleh baca fikiran Ummi. Nak makan mana? Seoul Garden? Terus rasa lebar senyum Ummi haha. Mula-mula plan Seoul Garden Plaza Angsana, sekali Babah kata KSL City Mall lah, luas sikit dan selesa. Jomlah kesana.

20170424_153154

Sementara tunggu Babah cari parking, kami book tempat dulu. Budak belah kanan Ummi tu sedih sebab dia tak nak ke sini hahaha.

20170424_153416

Budak ni happy je. Janji Ummi, Babah dan abang depan mata hehe.

20170424_155411

Macam biasalah kalau time makan, adik kena beralah duduk dengan Babah.

20170424_155419

Sebabnya baby tua nak dengan Ummi haha.

20170424_155426

Ohhhh kenyang amat perut Ummi semalam. One of our favourite steamboat and grill place hehehe.

20170424_155435

Kimchi dua mangkuk Ummi bedal. Babah kata “sedap sangat ke?” hahaha. Of course lah sedap. Kalau tak sedap tak la Ummi tergila-gila terngiang-ngiang rasa kimchi ekeke. Lepas makan adik buat kuih pula, beraturlah ke toilet. KSL ni yang tak syoknya toilet yang ada paip satu je setiap toilet. Huhhh. haru tau. Baby room ke pun tak ada. Tu yang lemah sikit nak ke sini. Habis tukar diaper adik terus ronda sekejap dan balik.

20170424_171454

20170424_171520

Memasing berangan nak main tikam-tikam teddy bear. Malas Ummi nak layan beli token.

20170424_171528

Main je la ya joystick tu hahaha.

20170424_171601

Kami jarang ronda-ronda KSL ni. Sebab macam serabut sangat hahaha. Datang sini memang terus tuju Seoul Garden je ekekeke. Kekonon nak balik rumah awal, sekali amekawwwww, Babah parking akt level 5, sekali exit lane jammed dari tingkat atas bawa ke bawah. Babah dah bengan siap call KSL lagi hahaha. Diorang kata memang tak ada orang jaga, diorang tak cukup staff, tak ada pak guard. Okbai. Jammed lebih dari 30 minit. Sampai parking card pun jadi invalid. Tak boleh keluar. Sekali dah sampai bawah rupanya jammed kerana jalan yang betul-betul depan KSL City Mall tu ada pasar malam. Patutlah kereta semua jammed haiyoooo. Kat sini boleh lulus ke pasar malam. Lega dah dapat lepas dari jammed tapi tak lega sebab ada budak sibuk nak Smurf dalam set Happy Meal. Grrrrrrrrrrrrr..

20170424_195948

Nasiblah ada voucher RM10 hahaha top up sikit belilah dua set Happy Meal. Nanti beli satu set berebut pula Smurf tu ha.

20170424_200047

Ummi suruh buat gaya ultraman, itu je yang jadi hahaha.

20170424_200116

“Tahniah eh Ummi sebab belikan Ilham dengan adik smurf.. sayang Ummi”

Hmmmm.. tak habis-habis lagi tahniah dia. Suka hatilah Ilham Ummi tau niat ilham nak cakap terima kasih haha. Mabuk tahniah gamaknya. Itulah cerita cuti public holiday kami. Uolls kemana?

Related Posts

6 thoughts on “Lunch Di Seoul Garden KSL City Mall

  1. alahaii..syamil dah botak eh..tapi tetap cute..hehehe..tak pernah lagi umi naura ke KSL..sebab kat situ nampak macam jammed and payah nak parking…
    ~ Kisahsidairy~

  2. Seoul Garden is one of my favorite place jugak Hernee.. Best sebab santai dan banyak pilihan seafood..
    KSL famous tempat tu kpd pengunjung Legoland dari luar Johor. Malangnya sis belum pernah ke KSL.. Tentu best kannn..

  3. assalamulaiakum hernee…wah !! seronoknya double Ilham yer…lawanya ummi Ilham n syamil pakai tudung baru…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!