Projek Babah The Barber Di Hari Sabtu

IMG_20170422_125116_841

Cerita projek hari Sabtu Babah The Barber. Dah banyak kali plan nak botak kan si kecil ni tapi asyik tergendala. So hari ni botakkan juga akhirnya. Rambut Syamil ni terlampau halus lepas tu tak rata tumbuhnya, tu yang Babah nak bagi sekata semula.

Muka memang sedih pilu gila, Siap tersedu sedan. Sama je macam Abang Ilham masa kecil time nak gunting rambut macam apa nangis. Mesti jiran kiri kanan kata Ummi dan Babah dera korang kan hahaha.

Sambil nangis sambil bebel.

”Ebok je Babah ni”

Bila Ummi tanya “siapa buat adik?”

”Babah ni wat”
 
Lepas mandi suruh tengok cermin meraung tengok muka sendiri haha. Tak apa nanti rambut adik tumbuh lagi. Baru Ummi suruh Babah buat macam rambut abang dulu k-pop sikit ngeh3.Ummi nak snap gambar dia pun dia marah. Tu yang muka “after” tu menjeling tu,

”Ummi.. tak ayah..”

Sorry adik.

p/s Jimat belanja Babah je jadi private barber anak-anak hehehe,

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “Projek Babah The Barber Di Hari Sabtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: