Ilham Learning Phase My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Artwork Ilham Syahmi

P_20170420_212055

Semalam Ummi tanya Abang Ilham. ”Abang Ilham.. ada homework tak?”

”Hari ni tak ada homework Ummi” jawab Abang Ilham.

”Tapikan Ummi Ilham nak tunjuk Ummi ni..”  sambung Abang Ilham.

”Ilham nak tunjuk apa?” Ummi tanya dia semula.

”Ini ha cantik tak Ilham lukis” sambil tunjuk kertas tu pada Ummi.

Macam biasa Ummi akan bagi pujian kat usaha dia melukis “Wahhhh cantiknya.. pandainya Abang”

”Eh mestilah Ummi.. kan Ummi cakap Ilham budak pandai” Ewahhhh.. isi bakul angkat sendiri awak.

”Ilham lukis apa tu?” Ummi bertanya lagi.

”Ohhh ini Ilham lukis.. ini Ilham.. ini Ummi.. ini love heart.. ini Babah.. ini adik..” sambil tunjuk gambar orang lidi tu.

”Eh.. tapi kenapa Ilham tulis ILHAM SYAHI MOHD NAZI.. tak cukup huruf tu.. ejaan tak betul” Ummi sambung lagi.

”Mana ada.. cuba Ummi baca betul-betul..” Eceehhhhh kita pula dia kata salah.

Apa pun teruskan usaha meluahkan kreativiti sendiri ya Abang Ilham. Nanti boleh join Ummi mendoodle. Ohhh, kalau korang nak tahu, dia memang suka sebut Red heart tu sebagai love heart. Ayat romantika di tampoi yang selalu dia bagi kat Ummi.. “Sayang Ummi.. Ilham love heart Ummi”  sambil peluk Ummi hahaha. Cair terus hati Ummi walaupun baru 10 minit lepas dia buat Ummi hijau biru hahaha. Kekadang nak gelak pun ada. Ilham oooo Ilham memang banyak Ilhamnya.

p/s Lupa pula Ummi nak tanya.. yang bawa tu apa? LYHQAIN.. Ain? Awek ke Abang Ilham? Smile with tongue out

Share this nice post:

Comments

comments

4 thoughts on “Artwork Ilham Syahmi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *