DDHN – Menu of The Day 200417

Ini je yang Ummi termampu masak hari ni. Bingung nak masak apa hehe. Sudahnya pilih kupang sebab teringat kupang sambal dekat bubur sentosa hahaha.

 

1492693570562-01

Suka kupang sambal yang dimasak dengan kulit sekali sebab rasanya lebih manis. Eh pepandai je buat teori sendiri. Nah tengok resepi ringkas Kupang Sambal Dari Dapur Hernee Nazir.

Resepi Kupang Sambal

Bahan-bahan:

Kupang (tak sampai sekilogram pun tadi)
2 senduk lada kering (kisar)
1 biji bawang besar & 3 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (dititik)
Air asam
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Minyak masak

Cara-cara memasak:

Tumis lada kisar hingga garing dan masukkan gula untuk bagi warna sambal yang cantik. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian masukkan serai, kacau rata masukkam garam dan air asam. Akhirnya sekali bila dah dapat rasa yang diidamkan masukkan kupang. Biarkan sehingga kupang betul-betul masak. Siap untuk dihidang.

293372b8-5067-42e4-9b57-af55c53abf21-01

Untuk bebudak cenonit, ada baki labu masak lemak bekalan adik pagi tadi Ummi panaskan je. Tambahan ayam goreng Ummi guna tepung ayam goreng Adabi. Labu tu adik je yang bedal, abang bedal nasi dengan ayam goreng semata. Jadilah ya janji kenyang.

Eh tak sangka budak yang paling kecil tu suka kupang. “Mi nak pang.. nak pang”. Ummi suaplah sikit kat mulut dia. Bila kupang habis merengek nak lagi haha. Ummi tak beli banyak sebab yang makan Ummi dengan Babah je biasanya. Oh Ummi lupa adik ni memang tolak batu dengam kayu sikit hehe. Tak apa dik bagus makan jangan memilih selagi tak memudaratakan. Ok esok dah ada orang request nak ayam yellow bawa bekal pergi rumah opah. Harap Ummi tak terbangun lambat ekeke.

Share this nice post:

Comments

comments

6 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 200417

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *