Assalamualaikum w.b.t. & salam hormat.
Buat pertama kali bagi tahun ini Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru akan mengadakan Support Group Meeting (SGM) bagi semua ahli kelab (percuma) dan orang awam (RM5).
SGM ini akan memberi panduan yang betul kepada ibu dan ayah bagaimana untuk menguruskan EBM (Expressed Breast Milk) iaitu perahan susu ibu khusus bagi ibu-ibu bekerjaya.
Kami peka dengan masalah yang sering dihadapi dengan wanita bekerjaya terutamanya dan kita akan sama-sama berkongsi mengenai TIPS dan PANDUAN berguna yang akan di sampaikan oleh Lactation Counselor yang terlatih & berpengalaman iaitu Puan Zulhaya Marzuki serta sesi perkongsian pengalaman dari beberapa ibu-ibu bekerjaya yang lain.
Kami juga mengalu-alukan wakil taska/nursery/penjaga bayi anda untuk turut serta di dalam SGM ini.
Tarikh : 28 April 2017 (Jumaat)
Tempat : Food Court Arena, AEON Kulai
Masa : 3 petang
Tema : Potluck
* Kami amat mengalu-alukan sponsor kek harijadi daripada sesiapa yang sudi. Selepas ber-SGM kita akan meraikan ulangtahun kelahiran ahli kelab yang lahir dari bulan Januari hingga April.
Untuk pendaftaran, sila hubungi
Puan Nurul Asyikin : 013-797 2337
atau
Puan Ainul Basirah : 018-782 5443
Daftar segera. Jangan lepaskan peluang ini!
lama dah tak baca pasal BF ni
jom join eda..
bagus ye ada aktiviti macam ni
JanjiKita
jom join nanti..hehehe
assalamualaikum hernee…bagus ada xtvt mcm ni kn…
waalaikumussalam ma..hehe jom ajak anak mama join..
bagusnyaa akakk aktiviti macam ni
bagus yul tmbh ilmu..