Lagu Satu Hari Di Taman Haiwan–Alleycat

Lirik Lagu

 

Sebenarnya dengar Sepahtu Sinar pagi tadi membebel pasal segmen Emosinar yang diorang teka-teka lagu tu. Malam tadi dah ada pemenang dapat teka lagu “Satu Hari Di Taman Haiwan” nyanyian Alleycat.

Ummi pun excited nak tengok lirik lagu tu. Kebetulan jam 9 lebih ada pula lagunya ke udara. Mengekek-ngekek dengar lagu ni. Kelakar pula tengok liriknya. Ada rupanya lagu macam ni eh. Oleh kerana anak-anak Ummi Duta Zoo Johor, jadi Ummi tujukan lagu ni untuk korang ya hahaha.

Nanti Abang Ilham dah pandai baca boleh nyanyi sambil tengok lirik ni ekeke.

Lirik Satu Hari Di Taman Haiwan–Alleycat

Satu hari minggu ku ketaman haiwan seronok bukan kepalang
Melihat bermacam jenis binatang dengan telatahnya
Ada yang ketawa ada yang meradang melihat orang datang
Sepasang rusa sedang bercumbuan sidara tersipu

Burung burung berkicauan merebahkan sayapnya
Bila sang kancil merayu kepada kekasihnya
Harimau cemburu kerana kesepian
Lalu ia meraung si monyet bertempiaran

Manusia melihat telatah si beruk yang sedang berdansa
Atau mungkin si beruk yang ketawa melihat ragam manusia

Sibuaya tersenyum melihat si dara sambil mengenyit mata
Si dara ketawa dan hari pun petang sampai waktu pulang
Berakhirlah kisah ragam manusia dan juga haiwan
Di satu hari minggu di taman ini yang menjadi kenangan

Burung burung berkicauan merebahkan sayapnya
Bila sang kancil merayu kepada kekasihnya
Harimau cemburu kerana kesepian
Lalu ia meraung si monyet bertempiaran

Manusia melihat telatah si beruk yang sedang berdansa
Atau mungkin si beruk yang ketawa melihat ragam manusia

Related Posts

6 thoughts on “Lagu Satu Hari Di Taman Haiwan–Alleycat

  1. Selalu dgr lagu ni masa trio KE, abg jem dan Krell lagi masa di sinar fm dulu. Pagi2 dgr lagu ni boleh ceria jadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!