Minum Petang Magelek dan Pau Sambal Sedap

Blogger Review

Hari ni Restoran Hernee Nazir nak tayang menu minum petang walaupun dimakan right after lunch hahaha. Beli di Cafe Cengkih PTP dengan alasan lapar lagi sebab kombinasi lauk lunch tak berapa ummpphhh. On the way nak balik terjeling kuih-muih. Suhana la ni punca hahaha. Kuih sini 5 keping RM2, so campur-campurlah dan akhirnya terbeli magelek 2 keping dan pau sambal 3 biji.

P_20170413_140434_vHDR_On

Taraaaaa..sedap hoii magelek aka vadei ni. Terus cari resepi kekonon nak cuba buat sendiri. Here the recipe for my reference hehe.

RESEPI VADEI/ MAGELEK

BAHAN-BAHANNYA :

  • 250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 camca teh jintan manis
  • 2 tangkai cili kering, gunting kecil2
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang… Selamat mencuba!!..

Sumber: SINI

P_20170413_140458_vHDR_On

Pau sambal ni serius gebu gebas. Doh dia diadun dengan penuh kasih sayang. Eh? Mana awak tahu? hahaha. Sedaplah serius sedap hehehe. Makin menggebuslah gini. Tak apa petang Khamis kan kita aerobik. Okbai Smile with tongue out

Related Posts

4 thoughts on “Minum Petang Magelek dan Pau Sambal Sedap

  1. sedapnyer vadei tuuu…pau pun sedap…rasa teringin la pulak memalam ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!