Bengkel Pengurusan Kewangan dan Akaun Bagi Organisasi dan SoHo Anjuran Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB)

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru

Cerita hari Sabtu, Ummi dan Adik Syamil peneman setia join Pengurusan Kewangan dan Akaun Bagi Organisasi dan SoHo anjuran Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB). Bengkel ni diadakan di rumah Cikgu Saufi dan Cikgu Farhana yang mana mereka suami isteri adalah antara AJK KSPSIJB sesi 2017-2019.

20170408_122725

Terima kasih yang tak terhingga buat tuan rumah yang menyediakan kemudahan untuk ahli kelab dan juga peserta. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian suami isteri. Kami dua beranak antara yang terawal jugalah sampai. Sebelum bengkel bermula jam 2.30pm kami ada projek photoshoot untuk projek rebranding KSPSIJB. Ada sesi photoshoot untuk bayi, ibu mengandung, gajet menyusu, ibu menyusu dan banyak lagi shot yang diketuai oleh Puan Director Jeni Jamlus dan Camerawoman Cikgu Azleen.

Ada pot luck juga, sorang sikit bawa kuih muih sementara menunggu katerer menghantar makanan untuk jamuan bengkel nanti. Saya bawa Nona Manis Jagung yang ditempah dari Teeny Tiny Kitchen. Alhamdulillah banyak rezeki makanan. Paling best Soto Madura air tangan Pengerusi KSPSIJB Dr. Nazira. Sedap sesangat, Syamil pun berselera makan.

Lepas sesiap photoshoot semua marilah kita berbengkel. Bengkel kami bengkel santai. Nama pun kelab mak-mak menyusu.. haruslan mesra kanak-kanak kan.  Jadi anak-anak pun ada aktiviti dorang sendiri supaya tak ganggu aktivit mak-mak.

20170408_122829

Cikgu Saufi dah sediakan tiga pool utnuk anak-anak bermandi-manda. Tapi Syamil tak join lah. Ummi takut kang sejuk nak berendam lama-lama. Anak-anak semua happy je. Rasa macam berada di Water Theme Park hahaha.

Ok bengkle pun bermula.

20170408_145714

Sesi pertama, Encik Naharudin Saadan, Islamic Financial Planner & Registered Accountant di Ministry of Finance. Beliau berkongsi ilmu asas tentang kewangan dan akaun bagi sesebuah organisasi dan SoHo. Pentingnya organisasi yang berdaftar dalam perniagaan.

20170408_145729

Sibuk Ummi nak belajar sibuk dia ajak tengok boboiboy lah.. upin ipin lah.. tak kisah pun janji dia behave. Syamil tak pernah mengecewakan Ummi hehehe.

20170408_152148

Tengah syok menuntut ilmu black out pula. Maybe dah banyak sangat guna elektrik. Tapi majlis ilmu tetap diteruskan dalam kegelapan.

20170408_162753

Sesi kedua, Encik Sheik Hazrin Sheik Othman, IT Consultant at Jezrin Technologies berkongsi aplikasi Accounting bagi organisasi. Yang bestnya aplikasi online ni percuma.

20170408_163035

Nahhhh inilah applikasinya.. Wave Apps. boleh layari https://www.waveapps.com/ Bila dah godeh-godeh wah menarik sangat aplikasi ni. Boleh digunakan untuk sistem perakaunan organisasi mahupun SoHo. Insha Allah saya dalam proses menggunakan aplikasi ini untuk KSPSIJB. Nanti saya share details berkenaan aplikasi Wave Apps ni ya.

20170408_181246

Lebih kurang jam 5 lebih bengkel santai kami tamat. Ni Ummi dapat anak angkat baru. Isyraq yang comel dan bam bam.

20170408_181302

Budak kecil tu jeles bila Ummi cakap baby nak susu Ummi hahaha. “Tak yah.. tak oleh..” kata dia.

20170408_181313

Isyraq steady je bila Ummi pegang sementara Mommy dia uruskan kakak-kakak. Syamil peluk cakap sayang hehehe. Bila Ummi tanya nak adik? Ehhh kejap angguk.. kejap geleng ahahaha.

Ok selit sikit gambar dari camera Cikgu Azleen.

 

IMG-20170411-WA0001

Abang baju hijau menyelit jadi model hehehe.

IMG-20170411-WA0003

Antara AJK yang hadir bergambar dengan model. Model tu suami isteri sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Suaminya tu adik Mamat Sepah isterinya anak saudara Cikgu Nad belah kanan sekali tu hehehe.

IMG-20170411-WA0002

Ok camerawoman nak selit sekali hehehe. Alhamdulillah settled bengkel. Insha Allah kalau ada kesempatan akan ada lagi bengkel menyusul. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Next photoshoot untuk AJK KSPSIJB yang tergendala.

Related Posts

6 thoughts on “Bengkel Pengurusan Kewangan dan Akaun Bagi Organisasi dan SoHo Anjuran Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB)

  1. assalamualaikum hernee…wah !! hepi semuanya…peneman ummi tetap ada kat sebelah yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!