DDHN – Left Over Sambal Sardin Cicah Dengan Roti

P_20170411_080627_vHDR_Auto

Semalam masak lauk sambal sardin je. Biasanya setin besar sardin tu tak habis pun sekali makan. Jadi pesan Babah beli roti esok kita buat breakfast sebelum pergi kerja. babah kata ok. Sekali pagi tanya mana rotinya, dia kata lupa singgah kedai. Hmmmm.. maka Ummi tapau sambar sardin ni bawa ke office. Beli roti seplastik besar marilah makan berjemaah.

Sambal sardin Ummi Ilhams ni simple je. Nak angkat bakul sikit.. tapi sedap. Ehhhh.. Matilah kalau budak depan meja ni baca.  hahaha. Ikut style arwah mak ginilah rasa sambal sardin dia,

Resepi Sambal Sardin Mudah & Sedap

Bahan-bahan

1 tin sardin (suka hatilah nak sardin apa pun)
1-2 senduk lada kisar (ikut suka nak pedas tahap mana)
** 4 biji bawang merah
** 3 biji bawang putih
** sedikit halia
1 biji bawang besar (potong mayang)
air asam
garam
gula
minyak masak

Bahan ** dikisar bersama

Cara-cara

Panaskan minyak. Masukkan lada kisar. Tumis sampai lada garing dan masukkaan sesudu gula untuk effect warna sambal yang merah dan rasa yang mantap hehehe. Kemudian barulah masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dikisar. Next, masukkan air asam dan garam secukup rasa, Ohhh saya memang dah lama tak gunakan ajinomoto dalam masakan. So kalau korang guna boleh la masukkan ikut citarasa memasing ya. Next, masukkan sardin. Pepandailah adjust rasa tu semua ya. Barulah tabur bawang yang dipotong mayang tadi. Ni chef Dari Dapur Hernee Nazir je, tak pro main hentam je janji sedap hahaha. Nak explain dalam resepi pun kelaut ayat hahahaha.

Gambar sempat snap masa dalam kereta lepas hantar Ilham sekolah on the way nak ke office ekekeke.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

11 thoughts on “DDHN – Left Over Sambal Sardin Cicah Dengan Roti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: