BFF Ummi Ilham

Mee Siput All Time Favourite Snack

20170410_153800

Petang-petang kat office ni tak sah kalau tak ada makanan tambahan walaupun perut ko tahap nak meletop kekenyangan. Kalau bukan beli sendiri pun ada je kawan-kawan wakafkan makanan untuk sama-sama membesar bagai johan.

20170410_153811

Ni ha Kak Leen bagi Mee Siput cicah sambal tumis sedap oi sambalnya. Tiba-tiba teringat sambal tumis Makcik Dila aka Makcik Kerepek. Dulu rajin la dia jual Mee Siput, sekarang dah tak nampak bayang Mee Siput dia tu. Orang Johor kalau tak kenal Mee Siput memang tak patut hehehe.

20170410_153846

Ini geng membesar bagai johan di office. Yang Pakcik pakai spec tu otai bab makan hahaha. Ira dan Yap ibarat tikus makmal. Kita jadikan dorang ni bahan uji kaji dalam tempoh beberapa tahun dan bulan berapa berat bertambah hahaha.

20170410_143448

Rezeki bertambah lagi bila boss kami, Capt Haji bagi sorang seketul muffin buatan Kak Su wife dia. Saya dapat orange muffin selamat dah masuk perut. Diorang dapat muffin pisang. Hai lah.. besar dugaan kalau kerja ni oi, Ini tak termasuk Tauhu Sumbat yang kami dah bedal awal-awal sebelum muffin dan mee siput ni tau ekekeke. Tahniah! Selamat membesar bagai johan.

p/s Makan mee siput ingat Che ta dulu selalu belikan arwah mak dia untuk bawa balik KL..

Share this nice post:
Tagged , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “Mee Siput All Time Favourite Snack

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *