Sebelum berdezup balik ke Gelang Patah, Babah kata nak ajak repeat ke Nasi Ayam Ali D’Kabin, Rengit, Batu Pahat. Sebelum ni kan kami pernah cuba menu di sini. Boleh baca entrinya DI SINI. Ummi tak banyak soal on je hehe. Dah tahu dah mesti Babah nak hirup kuah tomyam tu kan hehehe. Tapi masa tu konfiden ye tak ye je sama asa menu tu dah ada ke tengahari ni.
Dalam pukul 1pm kami sampai. Panas berdenting hoi. Nasib baillah menu yang Babah nak ada hehe kalau tak kuciwa. Padahal Ummi pun nak hirup tomyam tu.
Untuk The Ilhams, Ummi orderkan nasi ayam. Sedap juga ayamnya walau nampak macam biasa-biasa je. Tapi terasa perapannya. Sosnya pun sedap. Mula-mula adik bedal sorang sebab abang jual mahal dia kata tak sedap. Sekali dah cuba haaa tau pun sedap.
Babah makan nasi putih dan tomyam seafood. Masih sedap macam pertama kali kami makan. Rasa tam boleh nak stop hirup kuah tomyam.
Ummi pula makan nasi goreng tomyam. Terseksa jiwa raga buat entri ni. Terasa weh nasi goreng tomyam lalu ke tekak. Licin Ummi bedal. Tak sampai hati nak tinggal saki baki sebab sedap sangat hahaha.
Walaupun dah order aur masing-masing tapi tetap nak mencuba ABC. Ingatkan Babah order ABC special macam meja sebelah. Rupanya dia order ABC biasa je. Walaupun ABC biasa tetap sedap hehe.
Nah belanja sikit gambar Babah tengah makan ABC. Rebeh muka adik kekonon nak ngecek ABC sekali Ummi sebut nama doktor je terus sedih. Sabar ya dik. Adik tak boleh minum ais. Tunggu dah besar nanti hehehe.
Yang ni macam biasa la susah nak bergambar. Siap bebelkan Ummi asyik snap gambar dia. Nanti bila Ummi yang tak ada mood barulah dia sibuk suruh snap hehe.
Ok lepas makan, kami terus balik Gelang Patah. Petang ada projek ronda-ronda haha tak reti penat. Power eh Ummi sampai rumah tak tertidur langsung kahkahkah.
assalamualaikum hernee…seronok jer jenjalan n makan2 kn…hepi family…:)
** Mama Maszull
waalaikumussalam mama..hehehe..terlanjur nak balik kan..lalu sambil singgah isi perut..
kita orang batu pahat tak sampai lagi haahhaha
Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
hahaha sila try
apa kata nanti bawak aku ronda-ronda batu pahat pulak..hehehe
hahaha jom beb..hahaha padahal aku pun tak habis ronda..
perghh..cam pekat je kuah tomyam dia..nasi ayam budak-budak suka
JanjiKita
pekat mar..mmg sedap gilos..