Lunch at Restoran Nasi Ayam Ali D’Kabin Rengit Batu Pahat

04/04/2017

Sebelum berdezup balik ke Gelang Patah, Babah kata nak ajak repeat ke Nasi Ayam Ali D’Kabin, Rengit, Batu Pahat. Sebelum ni kan kami pernah cuba menu di sini. Boleh baca entrinya DI SINI. Ummi tak banyak soal on je hehe. Dah tahu dah mesti Babah nak hirup kuah tomyam tu kan hehehe. Tapi masa tu konfiden ye tak ye je sama asa menu tu dah ada ke tengahari ni.

20170402_135734

Dalam pukul 1pm kami sampai. Panas berdenting hoi. Nasib baillah menu yang Babah nak ada hehe kalau tak kuciwa. Padahal Ummi pun nak hirup tomyam tu.

20170402_131252

 Untuk The Ilhams, Ummi orderkan nasi ayam. Sedap juga ayamnya walau  nampak macam biasa-biasa je. Tapi terasa perapannya. Sosnya pun sedap. Mula-mula adik bedal sorang sebab abang jual mahal dia kata tak sedap. Sekali dah cuba haaa tau pun sedap.

20170402_132251

Babah makan nasi putih dan tomyam seafood. Masih sedap macam pertama kali kami makan. Rasa tam boleh nak stop hirup kuah tomyam.

20170402_133146

Ummi pula makan nasi goreng tomyam. Terseksa jiwa raga buat entri ni. Terasa weh nasi goreng tomyam lalu ke tekak. Licin Ummi bedal. Tak sampai hati nak tinggal saki baki sebab sedap sangat hahaha.

20170402_134417

Walaupun dah order aur masing-masing tapi tetap nak mencuba ABC. Ingatkan Babah order ABC special macam meja sebelah. Rupanya dia order ABC biasa je. Walaupun ABC biasa tetap sedap hehe.

20170402_134904

Nah belanja sikit gambar Babah tengah makan ABC. Rebeh muka adik kekonon nak ngecek ABC sekali Ummi sebut nama doktor je terus sedih. Sabar ya dik. Adik tak boleh minum ais. Tunggu dah besar nanti hehehe.

20170402_134925

Yang ni macam biasa la susah nak bergambar. Siap bebelkan Ummi asyik snap gambar dia. Nanti bila Ummi yang tak ada mood barulah dia sibuk suruh snap hehe.

Ok lepas makan, kami terus balik Gelang Patah. Petang ada projek ronda-ronda haha tak reti penat. Power eh Ummi sampai rumah tak tertidur langsung kahkahkah.

Share this nice post:

8 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: