Makan²

Maka Berjogetlah Si Lemak Sambil Bertepuk Tangan.. Syabas Ummi!

“Akak punya blog macam restoran” kata seorang blogger tu.. you know who you are hehehe.

Nah akak buka restoran lagi. Tapi koleksi makanan sepanjang honeymoon dengan Syamil di hospital haha. Boringkan tak ada kerja kita snap lah gambar makanan. Menu makanan di Cafe Columbia ni memang sedap. Tapi tak lah semua menu Cafe yang akak makan ni kopak hoi. Yang ada tu menu food service di wad untuk Adik Syamil, tapi Ummi request ikut tekak sendiri sebab pesakit tak nak makan haha.

Set Saturday Brunch Buffet RM18 (dewasa) RM9 (Kanak-kanak). Kerabu mangga tu sedap gila. Tak sempat nak makan sampai lebam sebab Syamil dah merengek cari Ummi. Baru Ummi nak fefeelimg makan kat cafe sesorang.

Menu lunch pesakit.. Nasi putih, sayur campur, ayam masak kicap dan buah tembikai. Buah tembikai tu favourite Syamil tapi cepat-cepat Ummi bedal takut dia nak.

Menu dinner nasi putih, kuah sup, fillet ikan masak apa entah sendiri request sendiri lupa dan sayur campur. 

Menu sarapan nasi goreng Thai. Jadilah buat alas perut sebelum Babah sampai. Pesakit tu berkeras tak nak makan, Ummi tak nak membazir..kan membazir amalan syaiton jadi Ummi makan on behalf. Buwek!

Mee hoon sup kekonon order sebab nak layan tekak pesakit. Tapi malangnya pesakit masih tak nak makan. Lagi pun mee hoon sup ni macam tak berapa nak berasa sangat hehe.

Menu lunch, nasi putih, kari ayam, mix vege. Hari ni berlagak sikit main jamah sikit je sebab Babah belikan ayam goreng Mc D.

Lagi reason berlagak sebab Babah belikan sushi juga hahaha. Eh lapar sushi la pulak.

Menu dinner kita pilih spaghetti. Pelawa Syamil langsung tak layan. Jadi Ummi makan sorang.

Sebelum Babah balik malamnya minta tapaukan mee goreng haha. Ini bukam nafsu syaiton ini kes lapar. Ya lapar yang amat sebab budak kecil tu tak nak makan mengharap susu Ummi semata-mata. Alasan terbaik ngeh3.

Menu breakfast tak snap sebab huru hara sikit makan kat cafe. Menu lunch.. nasi putih, mix vege, ayam grill gravynya tu lemon tapi tak lalu nak masuk tekak. Jadi bedal mix vege dan ayamnya je. Tengahari Mama Cu hantar KFC. Pergghhh.

Lepas sesi physio petang, pesakit kata nak makan. Jadi Ummi bergegas bawa ke Cafe. Dia tunjuk nasi goreng cina. Betul tau dia yang tunjuk bukan Ummi yang pilih hehe. Alhamdulillah syukur sesangat dia dah ada selera nak makan walau tam banyak mana.

Masuk bilik menu dinner dah sampai. Nasi putih, fish fillet gravvynya carbonara,grilled mix vege. Makan lewat sikit sebab masih kenyang kebetulan Mommy Ngah datang bawa ayam red. Sambil suap Ilham sambil tersuap mulut Ummi.

Sarapan last day, nasi goreng kampung. Makan lepas siap physio Syamil. Sebab dia kena puasa dari jam 7am. Nanti kalau tengok Ummi makan for sure dia nak juga. Sekali masa Ummi makan dia jamah seketul ayam tu je. Selebihnya siapa lagi yang bedal kalau bukan “Van Milo” dia ni hahaha.

Menu lunch last day, nasi putih fish fillet sweet sour. Ummi meratah lauk je nasi sikit hehe. Lepas suction Syamil sambung makan di cafe sebab pesakit dah terasa lapar. Ummi makan Kue Tiaw Hor Fan, Syamil dan Babah makan Nasi Goreng Cina tapi tak snap gambar. Petang rupanya ada masih diberi menu untuk dinner. Ingatkan dah nak balik tak dapat haha. Menunya nasi putih fish fillet, mix vege dan kuah lemak cili padi la gitu. Tapi Ummi tak makan banyak jamah sikit je sebab dah excited nak balik haha.

Begitulah ceritanya Ummi menambah lemak di hospital selama 6 hari. Rasa segan nak tengok weight scale sebab sebelum Syamil warded hari tu pun rasa nak terjojol biji mata tengok berat sendiri hahaha. Harap minggu depan tak skip aerobik hehe. Okbai!

4 thoughts on “Maka Berjogetlah Si Lemak Sambil Bertepuk Tangan.. Syabas Ummi!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *