Update #3 – Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

25/03/2017

Hai semua. Hari ke 3 Syamil dan Ummi berkampung di sini. Sarapan pagi dengan redho sedut gas. Lepas sedut gas, cepat-cepat siap mandi sebab nurse dah arahkan buat physiotherapy.

Dah siap mandi, malu Ummi ajak bergambar.

Dia ingat Ummi nak ajak jalan-jalan. Sekali dia terpandang bilik physiotherapy terus berbuah muka sedih.

Physiotherapy sesi ke 3. Setakat ni hanya buat percussion saja. Dr. Azhar tak arahkan lagi untuk buat suction. Meraung lagi Adik Syamil sambil sebut nama babah dan abang.

Balik bilik Ummi ajak breakfast dia tak nak. Aduhaii dah berapa hari tak makan dik. Harapkan susu semata dan air masak sikit. Lain-lain tak nak makan.

Dah kepenatan agaknya lepas menyusu terus tertidur. Tunggu doktor sampai meronda. Nasiblah masa Dr. Azhar sampai dia tak terjaga. Mula-mula semalam doktor kata kalau ok boleh la balik hari ni. Sekali ni tadi doktor check hmmmm.. nafas masih berbunyi lagi. Tengok esok pula kalau ok baru boleh balik. Bertabah jek la kita dik. Esok Abang Ilham dah start sekolah, mudah-mudahan Allah permudahkan Babah nak handle Abang Ilham. Semoga Adik Syamil cepat sembuh boleh kita balik tidur kat katil rumah kita ya dik.

Nanti Ummi update lagi cerita Adik Syamil. Till then, babai!

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: