Update #1 – Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital, Iskandar Puteri

24/03/2017

Selamat pagi semua.
Pagi-pagi Adik Syamil dah redho kena sedut gas. Sarapan gas je adik kesian Ummi tengok. Muka mamai-mamai baru bangun tidur. 

Sambil sedut gas sambil termenung tengok kenderaan kat luar. Sedih sangat muka tu. 

Dah siap mandi, nurse suruh buat physiotherapy. Dah 2 hari dia tak nak makan. Harap menyusu dengan minum air masak. Malam tadi nurse dah on drip masuk air.

Sampai depan pintu bilik physiotherapy je dia dah sedih. Dah tahu dah apa akan jadi kat dalam tu kan dik.

Muka memang toye je lah. Ummi ajak bergambar pun dia marah.

Dah mula dah. Physiotherapist Syaira ni kata macam pernah tengok la muka puan dan adik ni. Ye lah dulu pun awak yang tolong buat percussion and suction hehe. Nurse pun dah kenal dah budak nama Ilham Syamil ni. Adik Syamil meraung masa buat percussion tapi dia jenis tak meronta. Nangis redho dan pasrah je. Ummi je yang nangis dalam hati 😢 Petang nanti pukul 2pm kena buat physio lagi. Bertabahlah adik. Ummi doakan adik cepat sihat.

Lepas percussion upah tengok kartun. Kartun apa pun Ummi tak kenal haha. Nasib baik lepas tu ada Upin Ipin. Cerialah sikit muka tu. Check up pagi, doktor kata bahagian depan paru-paru nampak ok sikit kurang bunyi. Cuma bahagian belakang je lah yang berbunyi kasar. Maybe berkampung kat sini dalam 2 hari. 
Doakan Syamil cepat sihat ya. Nanti Ummi update lagi.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: