Bila PC Dah Berpindah Hak Milik.. Macamana Ummi Nak Update Blog?

1490063789933

Semenjak dia main game The Sims dengan Kak Sofea anak Auntie Mia, dia terus request dengan Ummi Babah nak main game kat PC. Kami memang tak pernah bagi dia suka-suka guna PC tu. Sebab takut terdelete gambar-gambar customer Babah haha.

Cuti sekolah ni dia request jadi Ummi bagilah peluang. Main la game apa yang ada. Sebab Ummi dan Babah bukan kaki game. Dulu je masa study suka gila main The Sims. Siap berangan nama lelaki dalam The Sims tu Anuar Zain ekeke.

Bila abang main game adik tukang perhati kat sebelah. Ada masa jadi tukang gelak tengok perilaku abang yang kekonon buat lawak hahaha.

1490063735678

Aduhaiiii sekali ummi jeling ke kiri, budak kidal ni pakai mouse tangan kiri. Puas ajar tangan kanan. Ke kiri juga mouse tu. Siap berpintal tangan awak Ilham. Seram pula Ummi tengokkan. Tak ergonomik tu bang bahaya. Orang kidal memang pakai mouse tangan kiri ke eh? Pleaseeeee siapa tangan kidal munculkan diri. Share tips nak membiasakan guna mouse tangan kanan hehe. Ummi macam tak pernah nampak lagi orang kidal pakai mouse tangan kiri hahaha.

Ni kalau hari-hari Abang Ilham request nak main game mahu tak berupdate blog Ummi nak oiii Flirt male

Share this nice post:

Comments

comments

6 thoughts on “Bila PC Dah Berpindah Hak Milik.. Macamana Ummi Nak Update Blog?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *