Contest

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada_Birthday_Blogger_Contest

Sempena Lazada Birthday Sale 22 – 24 March 2017, Lazada mengadakan “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST”. Bila tengok berderet-deret orang join eh teruja weh nak join. Takkan kita nak tengok jek ye tak. Mestilah nak mencuba juga. Saya ni memang pelanggan tetap Lazada hehe. Kawan-kawan office memang dah masak sangat dah. Kejap-kejap nama saya je yang dispatch call untuk ambil parcel. Balik-balik parcel dari Lazada Malaysia hehehe.

A. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Saya suka sangat berbelanja di Lazada Malaysia sebabnya mudah sangat-sangat. Klik sana klik sini dah siap shopping. Lazada ada rangkaian barangan pelbagai pilihan. Pilih saja apa yang anda mahu. Harganya pula sangat-sangat berpatutan macam tak masuk akal. Rasanya sepanjang masa ada sales. Banyak online shop saya compare Lazada antara yang terendah harganya. Proses pengeposan barangan juga tidak lah terlalu lama. Order hari ni esok dah dapat. Itu yang paling best mengenai Lazada dan membuatkan saya tertarik nak membeli selalu.

B. Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran)

1. Modern Office Combined Desk and Shelf D01 – White

modern office combined desk and shelf D01 white

Mengidam sangat nak set ni tau untuk SoHo saya di rumah. Memandangkan tahun ini saya banyak komitmen dengan kelab-kelab yang saya sertai, nak berbisnes lagi jadi saya rasa sangat penting untuk saya upgrade SoHo saya ni. Set putih nampak lebih kemas dan bersih. Harganya pun tak terlalu mahal.

2. Sony Alpha NEX 3NY 16MP Camera with SELP16-50mm and SEL55-210mm (Pink)

Sony Alpha NEX 3NY 16MP Camera with SELP16-50mm and SEL55-210mm (Pink)
Sebab utama saya memilih kamera Sony ni tak lain dan tak bukan bertujuan untuk blogging. Saya nak gambar-gambar yang ada dalam setiap emtri saya adalah gambar-gambar yang imejnya berkualiti. Saya rasa kamera Sony ni mempunyai ciri-ciri kamera terbaik yang saya impikan. Lagi satu yang membuatkan saya teruja ialah warna Pink yang menawankan kalbu.

3. Portable Comedo Strong Suction Blackhead Remover Vacuum Facial Beauty Tool (Rose Gold)

Portable Comedo Strong Suction Blackhead Remover Vacuum Facial Beauty Tool (Rose Gold)
Teringin juga nak beli blackhead remover ni. Nampak menarik dan berteknologi tinggi. Bolehlah saya buat facial treatment sendiri di rumah hehe. Harga pun tak lah mahal mana kan. Sesuai untuk semua jenis kulit. Yang penting, blackhead remover ni “safe and reliable, no harm and no side effects”. Itu yang harus kita utamakan.

C. Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat meningkatkan lagi perkhidmatannya?

Harap Lazada dapat mempertingkatkan perkhidmatannya dari segi kualiti barang-barang. Lazada harus menetapkan KPI kepada semua seller untuk menyediakan produk yang berkualiti setanding harganya. Lazada juga perlu menitik beratkan servis penghantaran supaya tidak berlaku penangguhan penghantaran yang terlalu lama terutama barang-barang dari luar negara.

D. Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?

Ucapan saya untuk Lazada Malaysia sempena ulang tahun Lazada yang ke 5. Nak nyanyi boleh? hehehe.

”Happy birthday to youuuuuu..
Happy birthday to youuuuuuu..
Happy birthday to Lazada Malaysiaaaaaaaa..
Happy birthday to youuuuuuu..”
Yeayyyyyyy!! Tepuk tangannnnnn..

Semoga Lazada Malaysia sentiasa memberikan perkhidmatan yang tip top dan menyediakan barangan yang berkualiti. Yang penting semoga sentiasa memberikan diskaun yang tka masuk akal kepaa pelanggan tercinta.

Senarai hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia untuk Lazada Birthday Blogger Contest. Wehuuuuuuu.. lumayan.

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang)

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100 

Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang)

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250
3rd Prize: 12 x RM125 

Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang)

1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150 

Jom korang join boleh klik banner Lazada kat atas tu. Sempat lagi ada 6 hari lagi boleh karang entri. Lagi ramai join lagi cerah peluang kita nak menang hadiah yang lebih lumayan. Mana tahu ada rezeki dapat 1st Prize tu. Boleh belanja suami dan anak-anak makan sedap hehe. Selebihnya kita shopping di Lazada hehe. Jangan lupa join tau tarikh penyertaan 1 – 23 Mac 2017 jam 11.59pm. Jangan lupa juga diskaun istimewa sehingga 90% pada 22-24 Mac 2017.

Good luck korang.. wish me luck too Winking smile

Share this nice post:

Comments

comments

12 thoughts on “Lazada Birthday Blogger Contest”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *