Assalamualaikum
Sambungan dari entri yang lepas, boleh baca di SINI. Lepas gotong-royong kami berkumpul semula di Dewan Ikhlas sambil berehat adik-adik PKAYIK diberikan bekalan roti dan air dari para sponsor. Terima Kasih untuk para sponsor semoga Allah membalas jasa kalian memberi makan anak-anak yatim.
Putera-putera PKAYIK yang berehat selepas gotong-royong. Eh.. eh.. terselit sorang putera anak Encik Nazir di situ. Nampak tak dia dah melekat dengan abang-abang PKAYIK. Sebenarnya masa nak balik tu dia kata dia sedih. Dia nak ajak abang-abang tu balik rumah. Dah sampai rumah pun banyak kali tanya bila abang nak datang tidur rumah Ilham.
Yang sorang ni malu-malu kucing abang-abang tu nak ambil dia.
Sementara menanti ketibaan Yang Di-Pertua PKAYIK Ummi pun snap sana sini mengalahkan official photographer. Sebabnya nak buat live update di facebook dan instagram JDT Blogger.
Ketibaan Yang Di-Pertua PKAYIK Dato’ Hj Gapar bin Gurohu diiringi oleh Kak Mia Penasihat Program.
Sebelah Yang Di-Pertua PKAYIK, Bendahari PKAYIK dan Pengerusi Program Yaya Cendana.
Ucapan dan perasmian oleh Yang Di-Pertua PKAYIK Dato’ Hj Gapar bin Gurohu.
Ucapan dan kata alu-aluan oleh Pengerusi Program Blogger Yaya Cendana.
Buat apalah makcik tu toleh belakang tu ek haha. Ohh tengah standby nak naik stage untuk penyerahan sumbangan.
Seterusnya tibalah masanya untuk sesi penyerahan sumbangan orang ramai dan penyerahan mock cheque daripada wakil JDT Blogger. Alhamdulillah syukur atas setiap sen yang kami terima. Semuanya telah kami sampaikan kepada Dato’ Hj Gapar
Sedikit sumbangan tambahan yang mana dapat kami kutip di saat-saat akhir dan kami sumbangkan untuk pembelian cat untuk PKAYIK. Penyerahan wang tersebut diserahkan kepada Pengetua PKAYIK. Semoga segala sumbangan dapat dimanfaatkan untuk kebajikan anak-anak yatim di PKAYIK.
Seterusnya penyampaian cenderamata daripada pihak PKAYIK kepada wakil JDT Blogger.
Sesi bergambar beramai-ramai bersama para pentadbir PKAYIK, putera puteri PKAYIK dan team JDT Blogger.
Sebelum menyambung sesi seterusnya iaitu sesi sambutan hari lahir di Dewan Makan, majlis menjemput wakil Putera PKAYIK untuk membacakan doa.
Ehhhh.. ada pula peminat hero kecil ummi ni. Tapi dia punya muka macam dah berubah nak nangis tu hehe. Sorry ya kakak-kakak semua. Saya ni pemalu hehe.
Ok, bersambung untuk sesi terakhir. Memang saja tak nak buat satu entri. Nanti serabut orang tengok gambar-gambar hehehe.
Jemput baca entri berkaitan Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)
1) Live Update Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)
2) Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) | Sesi Gotong-Royong
fuhhh fuhhhh!! dah up entryyyy weyhh.
JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
hehehe dah..anda bila lagi..kita bakoooo..hehe
assalamualaikum hernee…jom2 kita bako…mmg dah rasa terbako ni hernee..
http://maszull.blogspot.my
waalaikumussalam mama.. hehehe.. nak tunggu entri mama keluar ni..bakoooo lagi..hehehehe
alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar
alhamdulillah mar..thanks atas kerjasama semua..