Follow Up Check Up Syamil Dengan Dr. Azhar Napis

13/03/2017

Cerita pagi tadi, kami berkampung di Hospital Columbia Asia untuk rawatan susulan Syamil dengan Dr. Azhar Napis. Sejak lahir memang Syamil dirawat oleh Dr. Azhar. Abang Ilham pun sama. Dalam entri lepas saya ada inform yang batuk selsema Syamil berlarutan menyebabkan banyak lendir terkumpul pada paru-paru dia. Sejak dari dua minggu lepas Dr. Azhar suggestkan untuk mula pakai inhealer. 

Alhamdulillah sejak ambil Ventoline dan Seretide Evohaler nampak sistem pernafasan dia semakin baik. Dah kurang bunyi nafas dan berdengkur masa tidur. 

Masa ni dah mula buat muka cebik-cebik sebab takut doktor nak check haha. Bila pujuk bagi mainan terus hilang rasa takut.

Doktor kata paru-paru dah ok. Fuhhh lega rasa hati ni Syamil oi. Sebelum ni doktor ada kata yang kemungkinan Syamil ni ada masalah Pierre Robin Sequence. Nanti saya akan kongsikan ya. Saya kena study dulu info dari Dr. Azhar ni. Kali ni tak banyak ubat dah. Doktor cuma bagi Kidsbiotic je dan teruskan pengambilan Seretide Evohaler. Next appointment will be on 10 April 2017. So Ummi dah kena set siap-siap dalam kalendar demi kamu Ilham Syamil.

Nah belanja gambar selfie dia snap sendiri Ummi jumpa dalam handphone hehe. Lubang hidung Ummi terpaksa di cover demi menjaga nama baik Ummi kahkahkah. Kawan-kawan blogger Ummi tolong doakan Ilham Syanil cepat sembuh ya.

Share this nice post:

4 Comments

  • maszull

    14/03/2017 at 12:02 am

    assalamualaikum hernee…semoga syamil cpt sembuh yer…

    maszull.blogspot.my

    1. Hernee Nazir

      14/03/2017 at 12:03 am

      waalaikumussalam mama..thanks atas doanya mama..

  • Mar

    14/03/2017 at 10:23 am

    semoga syamil diberi kesihatan yang baik.

    1. Hernee Nazir

      14/03/2017 at 10:32 am

      thanks auntie mar..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: