Review Merdeka Hotel Kluang Johor

Blogger Review

20170303_155120

Review Merdeka Hotel Kluang Johor. Salam pagi Sabtu. Hari ni nak review Merdeka Hotel, Kluang tempat penginapan kami semasa Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1). Oleh kerana sahabat blogger saya, Puan Eda dah memilih hotel ni, jadi saya pun booked hotel yang sama memandangkan kami ada tugas-tugas khas sebelum program. Lagi pun jarak dari rumah anak yatim tu lebih kurang 3 minit je dari sini. Untuk ke pusat bandar pun hanya memakan masa dalam 5-7 minit kalau tak sesat hehe.

Ini adalah kali kedua saya booking menggunakan perkhidmatan Agoda. Nanti saya kongsikan cara booking menggunakan Agoda. Tengok tu anak-anak saya sangat teruja bila dapat tidur hotel haha. Dicanangnya pada makcik-makcik dia yang dia nak tidur hotel haha.

20170303_161452

Ni alamat Merdeka Hotel:

No. 30 Jalan Mengkibol, 86000 Kluang, Johor.

20170303_155342

Boleh rujuk senarai harga bilik Merdeka Hotel di atas. Saya memilih bilik jenis Deluxe King. Booking melalui Agoda lebih murah sebenarnya tapi kena rajin menjengah websitenya sebab harga boleh berubah dalam sekelip mata hehe. Masa saya book tu harga untuk Deluxe King RM116 tanpa caj sampingan. Dua hari sebelum tu saya check RM118. Bila dah nampak murah RM2 tu cepat-cepat saya book. Jadinya total RM134.83 termasuk 10% service charge and 6% hotel service complementary breakfast untuk 2 orang. Pada saya masih dalam bajet lagi lah.

20170303_155704

20170303_155424

Ruang legar hotel.

20170303_155628

Cafe untuk breakfast keesokan harinya. Kena survey awal-awal sebab Babah Ilhams akan handle hero-hero kecil tu untuk sarapan pagi tanpa saya hehehe.

20170303_155653

Legend sungguh lift di Hotel Merdeka ni tau. Dah 54 tahun umurnya hehe. Scary pun ada naik lift ni.

20170303_223011

Bili kami di tingkat 1, bilik 108.

20170303_155903

King bed muatlah tidur empat beranak.

20170303_155847

Ruang antara katil dan sliding door. Luas puaslah anak-anak berkejar dua beradik.

20170303_155920

Kabinet baju dan meja untuk mengopi hehe. Sempat di snap sebelum anak-anak mengemas.

20170303_162104

Bilik mandi pun luas dan selesa.

20170303_160956

Breakfast coupon. Siap-siap letak atas meja bersama nota untuk esok takut-takut Babah mencari esok pagi. Bila ditanya ok tak menu sarapan pagi Sabtu tu, Babah kata ok je, not bad.

20170303_160048

Cerita tambahan, sampai ke sini dibawanya beg yang penuh dengan choki-choki dan augmented card boboiboy ni. Sabar je lah kan. Tak boleh berpisah.

20170303_161428

Budak kecil ni memang excited tak reti duduk diam padahal sampai Kluang badan start suam-suam kuku. Terpaksalah disembunyikam telefon yang ada sebab sampai-sampai je dia dah buat onar dial nombor receptionist.

20170304_070210

Sebenarnya semalaman saya memikirkan mana saya letak shaker Shaklee yang saya jadikan botol air ni. Pagi tu sebelum ke rumah anak yatim, saya buat muka tak malu bertanya. Rupa-rupanya tertinggal di kaunter masa check in. Siap ada notes lagi “Room 108”. Mana taknya masa nak check in tu huru hara dengan anak-anak yang sorang memanjat kaunter sorang lagi nak berdukung haha. Baru dua orang mak dia dah haru hehehe.

Ok, secara keseluruhannya memang puas hatilah menginap di sini. Bilik pun luas dan selesa. Parking lot pun dekat je dengan main entrance walaupun puan yang parking kereta tu taklah sehandal mana bawa kereta hehe. Cuma satu la, siaran astro tak clear. Malam tu ada live match JDT vs  Pahang tapi siarannya kelabu asap. Sudahnya Babah Ilhams tengok di handphone je. Lain-lain makan pun ok kata Babah. Untuk mereka yang tercari-cari hotel di kawasan Kluang bolehlah survey di Merdeka Hotel ni harga berpatutan.

Itu saja review dari saya setakat ini. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca.

Loading

Related Posts

8 thoughts on “Review Merdeka Hotel Kluang Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!