Oleh kerana kelas aerobik hari ni dibatalkan, maka marilah kita gali gambar-gambar lama berzafeena bersama Cikgu Shasha yang comel.
Syok juga berzafeena ni rupanya. Apa tu Zafeena Fitness? Macam nama orang kan? hehehe. Zafeena Fitness ialah senaman kecergasan pertama jenama Malaysia. Zafeena sesuai untuk semua peringkat umur.Zafeena Fitness diilhamkan dengan kerjasama Pusat Sukan Kecergasan Malaysia (PKSM) dan Whosyn’ Signature untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Gerak senaman ini kombinasi dari gerak tari zapin. Siapa yang handal berzapin mesti handal berzafeena hehehe. Saya? Bolehlah sikit-sikit. Awal-awal tu memang terkial-kial lama-lama ok je.
Kami tak selalu pun berzafeena baru dua kali je. Biasanya kami beraerobik dengan Cikgu Marlina. Jeles tau tengok cikgu-cikgu ni slim sangat hehe. Oklah, selamat berbahagia wahai lemak-lemak dibadan. Minggu ni terpaksa cuti aerobik lagi uhuk3.
Perghhhhhh dah berfitness session ye. Nak kurus macam uyul ke camne hahahahaha
JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
hahaha..akak memang ada kelas aerobik setiap hari khamis yul..