DDHN | Menu of The Day 090317

Dari Dapur Hernee Nazir

Menu Dari Dapur Hernee Nazir (DDHN) hari ini, ayam masak kari, bak choi sos tiram dan telur dadar. Simple je hari-hari berkerja ni, janji perut anak-anak dan suami kenyang. Lebih penting masakan air tangan sendiri yang dimasak dengan penuh rasa kasih dan sayang gitu. 

Sebenarnya nak masak lauk pauk ni semalam. Sekali Babah kata tak payah masak kita makan di kedai Acu (Restoran Marni) je. Wowww! Babah dapat membaca isi hati Ummi rupanya. Sebelum balik kerja berharap Babah kata, “Sempena Hari Wanita Sedunia ni, rehatlah tak payah masak” hahaha. Impian menjadi kenyataan ekeke. Jangan ikut perangai Ummi Ilham tau. Kadang-kadang ada juga masa yang rasa perasaan nak memasak tu kelaut sangat hehe. Nasib baik Babah memahami cuma kekadang tak sampai hati nak ponteng masak sebab hero-hero kecil yang “tekak Melayu” tu akan mencari nasi di malam hari. Haru tau! Oklah masa untuk berehat. Babai!

Related Posts

6 thoughts on “DDHN | Menu of The Day 090317

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!