AGM Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB)–18 February 2017

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru

20170218_145829

Cerita dua minggu lepas, AGM Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB) yang diadakan pada 18 February 2017 di Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda dipengerusikan oleh Puan Effahanee. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Ummi dan Adik Syamil je ke sana, Babah jaga Abang Ilham sebab Babah nak siapkan album customer. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Saufi dan seterusnya ucapan dari Ex-Presiden KSPSIJB, Puan Noorul Syahadah Isam.

20170218_150621


Seterusnya pembentangan Penyata Kewangan bagi Sesi 2014-2017 oleh Puan Rozaimah Mat Ali selaku Bendahari.

20170218_145922

Antara ahli-ahli kelab baru dan lama yang hadir.

20170218_145846

Cepat je posing ya, dari kiri Puan Noni, Puan Linda dan Puan Ida. Saya dilantik menjadi fotografer bidan terjun pada petang yang berbahagia itu hehe.

20170218_145906

Nad dan Kak Jeni. Siap ternganga anak Nad tidur hehe.

20170218_145931

20170218_145949

20170218_145953

20170218_150005

Sepanjang sesi AGM tu, anak-anak kami sediakan dengan aktiviti pertandingan mewarna. Jadi mereka taklah bosan menunggu program mak-mak habis hehe. Program kami memang mesra kanak-kanak jadi tu yang saya tak kisah angkut anak-anak ke sana ke sini.

20170218_152638

Puan Linda dan Puan Noorul.

20170218_152646

Amboii senyum simpul CIk Jah kita ni. Orang kuat ni tau.

20170218_151459

Sesi penyampaian sijil penghargaan untuk AJK KSPSIJB sesi 2014-2017. Saya salah seorang AJK nya.

20170218_153921

Sempat lagi nak wefie kan. Abang Fathi tu suka sangatlah Auntie Hernee tengok muka awak Rasa sejuk sampai ke tulang tau kalau tengok muka anak soleh Cik Jah tu.

20170218_154104

Sesi perlantikan AJK baru untuk sesi 2017-2019 di pengerusikan oleh Puan Artikah Nubailah. Yang sebelah kiri tu Puan Ida Kamila dan Puan Zulhaya, Setiausaha KSPSIJB sesi 2014-2017.

20170218_155117

Setelah sesi perlantikan berjalan dengan lancar, inilah hasilnya. Perlantikan AJK KSPSIJB untuk sesi 2017-2019. Huwaaaaaaaaaa.. besar sangat rasanya tanggungjawab yang perlu saya galas. Memang kalau boleh saya tak nak jadi AJK buat masa ni, sebab nak fokus pada pembangunan JDT Blogger. Tapi bila fikir balik, tak apa lah saya cuba.

1487469403079

AJK sesi 2014-2017 melabuhkan tirai. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menerajui kelab selama ini. Maaf andai ada kekurangan sepanjang menjadi AJK.

1487559628145

AJK sesi 2017-2019 memulakan tugas. Doakan usaha kami untuk memartabatkan susu ibu dipermudahkan. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan kelab ini.

Selepas sesi perlantikan ada talk dari Dr. Hairin Anisa Tajuddin. Boleh refer dia Facebook saya untuk post Live bertajuk – Breast Engorgement. Best sangat tajuk ni tau. Rugi kalau tak tengok.

20170218_172055

Sesi cabutan bertuah, alhamdulillah ada terselit rezeki Ummi Ilhams.

20170218_172907

Adik Syamil dah tak larat sangat, sepanjang talk by Dr. Anisa dia kerja tidur je. Sampai semut-semut kaki ummi meriba hehehe. Sebenarnya dia hanya berdiaper je tu. Dalam perjalanan nak ke sini, dia muntak dalam kereta, habis handphone, seat kereta semua kena muntah. Panik kejap Ummi dia ni. Check dalam beg ummi bekal t-shirt je seluar tak bekal aduiii. Redho je lah dik silap Ummi.

20170218_173559

Dah hujung-hujung program, dah nak bersurai. Jom wefie ramai-ramai.

20170218_180423

Lepas ramai yang balik baru Kak Haya teringat ada kawan dia sponsor kek untuk AGM ni. Alahai comel.

20170218_180513

Jadi kami yang tinggal ni je la yang rasmikan. Sedap sangat keknya. Thanks yang sponsor.

20170219_235255

Khazanah bawa balik dari AGM. Dapat tipuware dan lunch box. Yeay suka…

20170219_235333

Dapat kalendar 2017 dari Selat Tebrau Babywearers.

IMG-20170218-WA0022

Yang paling best luckr draw dapat baranf Mary Kay. Mak tak terpernah pakai produk ni hoii hahah.

IMG-20170218-WA0024

Wow.. ianya adalah sekotak jelly lip gloss berwarna jammin’ berry sponsored by Effa. Thanks Effa. Dah try pun hehehe. Best2. Tapi pakai cair-cair jek kalau ikut warna dia ni mau ternyonyong bibir Ummi kahkahkah.

Ok itu saja cerita AGM yang diperam. Nanti saya update untuk keselurahan AJK sesi 2017-2019 bersama tugas-tugas masing-masing untuk memudahkan ibu dan ayah berhubung dengan kami. Stay tuned!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!