Doodle by Hernee Nazir | Doodle Frame Untuk Anniversary Ke 10 Linda & Sham

Doodle ni dah selamat sampai ke tangan tuannya hujung tahun lepas. Saja peram entry ni lama-lama dengan harapan jadi jeruk sedap dimakan haha. Linda request nak doodle frame untuk anniversary ke 10 dia dan Sham.

Frame tu beli di kedai buku MPH, AEON Bukit Indah. Harga lupa pula. Lukisan burung dan dahan kayu memang dah sedia ada. Ikutkan frame tu untuk diwarnakan bukan untuk di lukis haha. Sebab nampak cute burung dua ekor yang tengah mabuk cinta tu, jadi saya rasa sangat bertepatan dengan tema anniversary. Ok, pepandai je. Jadi saya tambahkan dengan contengan-contengan di belakang tu dan warnakan burung dua ekor tu bagi menonjol hehe. Semoga Linda dan Sham berpuas hati. Didoakan agar rumahtangga yabg dibina berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat soleh solehah. Aamiin.

p/s jangan kecam makcik.. makcik doodler amatur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Doodle by Hernee Nazir | Doodle Frame Untuk Anniversary Ke 10 Linda & Sham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *